Trending By: SGMS Enal December 1, 2017 @ 2:31pm

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat, Lebih 13 Ribu Orang Dipindahkan

Jumlah mangsa yang terlibat dalam bencana banjir yang melanda Kelantan terus meningkat dengan jumlah setakat 9 pagi tadi adalah seramai 13,539 orang berbanding 12,734 orang yang dicatatkan pada 9 malam tadi.

Kesemua mangsa banjir tersebut dipindahkan ke 100 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan jajahan iaiti Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Berdasarkan data yang tertera pada aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM), Pasir Mas menjadi jajahan yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 8,630 orang membabitkan 3,588 keluarga yang dipindahkan ke 44 PPS. Manakala jajahan Kota Bharu mencatatkan jumlah mangsa seramai 1,476 orang melibatkan 380 keluarga yang dipindahkan ke 13 PPS.

8 PPS yang dibuka di Pasir Puteh pula menempatkan seramai 821 mangsa daripada 245 keluarga manakala 210 keluarga lagi dengan jumlah mangsa seramai 711 orang ditempatkan di 15 PPS di Tanah Merah. Di Tumpat, mangsa yang ditempatkan di 4 PPS adalah seramai 885 orang (284 keluarga).

Manakala selebihnya dipindahkan ke 7 PPS di Machang (386 mangsa dari 112 keluarga), 2 PPS di Bachok (308 mangsa dari 73 keluarga), 6 PPS di Kuala Krai (282 mangsa dari 74 keluarga), dan seluruh PPS di Jeli dengan mangsa terlibat adalah 40 orang dari 9 keluarga.

Berdasarkan laporan diterbitkan infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas surut kepada 10.40 meter pada 8 pagi ini, berbanding 10.55 meter pada 9 malam tadi. Paras bahaya adalah 9 meter.

Manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat meningkat kepada 3.55 meter berbanding 3.47 meter tempoh sama malam tadi melebihi paras bahaya 2.50 meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat meningkat kepada 3.55 meter berbanding 3.47 meter tempoh sama malam tadi. Paras bahaya ialah 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my pula melaporkan tiada jalann utama ditutup kepada kenderaan hingga pagi ini manakala cuaca dilaporkan mendung di negeri ini.

 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Hiburan Fri, 10 Nov 2023

Disindir ‘Terpaling Pearl’ Gara-Gara Kongsi Tips Fesyen, Madammu Beri Penjelasan

Netizen memang terpaling kreatif tau! Apa kata Madammu?

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Tue, 9 Nov 2021
Featured Fri, 26 May 2023
Trending Thu, 16 May 2019

为何手术服是蓝绿色?穿错恐致命

每当提起医护人员,通常大家脑海里浮现都是「白大褂」模样,但你可曾想过,为何手术室里的医生,通常都是穿着「蓝绿色」而非常见的白色或其他颜色?