Trending By: SGMS Enal January 21, 2020 @ 2:52pm

Manusia Paling Kerdil Meninggal Dunia

Manusia paling kerdil dan mampu berjalan seperti diperakui Rekod Dunia Guinness, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital, dekat Nepal, semalam.

Dengan ketinggian 67.08 sentimeter, Khagendra Thapa Magar, dilaporkan meninggal dunia berikutan pneumonia atau radang paru-paru di pusat perubatan di Pokhara, iaitu kira-kira 200 kilometer dari kediaman bersama keluarganya di Kathmandu.

Adiknya, Mahesh Thapa Magar, berkata abangnya terpaksa mendapatkan rawatan sejak kebelakangan ini dan sering berada di hospital ekoran pneumonia, namun kesihatannya semakin merudum sehingga doktor mengesahkan fungsi hatinya terjejas.

“Dia memang keluar masuk hospital selama ini kerana pneumonia. Hari ini, dia meninggal dunia,” katanya.

Khagendra pada asalnya dinobat sebagai manusia paling kerdil di dunia pada 2010 selepas meraikan ulang tahun kelahirannya ketika usia 18 tahun, namun rekod itu diperbaharui rakyat Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang mempunyai ketinggian 54.6 sentimeter.

Chandra bagaimanapun meninggal dunia lima tahun lalu, sekali gus menyaksikan rekod manusia paling kerdil kembali menjadi milik Khagendra.

Mengimbau kenangan silam, bapa Khagendra, Roop Bahadur, berkata anak istimewanya itu sangat kecil ketika dilahirkan, malah hanya sebesar telapak tangan sehingga sukar untuk dimandikan.

“Setiap kali nak mandi, saya berdepan kesukaran untuk pegang dia kerana terlalu kecil,” katanya.

Sebagai manusia paling kerdil, mendiang Khagendra pernah berkunjung ke pelbagai negara, selain dijemput menghadiri program siaran televisyen di Eropah dan Amerika Syarikat ketika hayatnya. – AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Jun 2020

Ini Tips Untuk Korang Yang Nak Beli Rumah!

Jangan main belasah je pilih rumah untuk dibeli ok?

Trending Mon, 24 May 2021

Tengku Hassanal Sumbang Elaun DiRaja Selama 3 Bulan Buat Rakyat Palestin

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dak???

Trending Wed, 4 Jul 2018

Najib Razak Sudah Dibebaskan?

Najib dilihat telah meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih kira-kira jam 3.30 petang tadi

Trending Thu, 9 Apr 2020
Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Tue, 2 Feb 2021
Trending Fri, 27 Sep 2019

Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan..

Hanya kerana lambat seminit dan bukannya disengajakan

Trending Mon, 11 Feb 2019

| Live TV