Trending By: Salma Syahbuddin November 7, 2020 @ 10:00am

Marsha & Velvet Kembali Dengan ‘Insan Tadau’, Dedikasi Lagu Sempena Musim Pandemik

Penyanyi Marsha Milan dan Velvet Aduk bergabung kembali menerusi lagu terbaharu dalam bahasa Dusun berjudul INSAN TADAU.

Lagu yang membawa maksud, “Suatu hari nanti”, adalah simbolik tentang kerinduan seseorang buat insan tersayang dan berharap semoga dipertemukan kembali suatu hari nanti.

Ini adalah lagu hasil ciptaan ketiga, Marsha Milan dan Velvet Aduk selepas single duet mereka terdahulu SUMANDAK SABAH dan OI GAMAN. Malah, proses ciptaan lagu ini hanya dilakukan menerusi atas talian memandangkan jarak kedua-dua penyanyi ini agak jauh iaitu Kuala Lumpur dan Sabah.

Lagu ‘Insan Tadau’ dekat dihati rakyat Sabah

Sumber : Instagram @velvetaduk

Memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat dan pelbagai SOP perlu dipatuhi, maka tidak hairanlah sekiranya lagu ini begitu dekat dengan rakyat di negeri tersebut.

Dan kebanyakan pendengar meluahkan isi hati dan harapan mereka diruangan komen muzik video lagu ini yang mendoakan keselamatan dan kerinduan mereka untuk bertemu keluarga tercinta.

Sumber : Instagram @marshamilan

Bagi Marsha pula, lagu ini seperti memberitahu rasa rindu dan doa dari anak-anak Sabah terhadap keluarga mereka di sana.

“Saya sangat rindukan kedua ibubapa dan sangat risaukan kesihatan mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Namun dengan teknologi yang ada sekarang, kami sekeluarga kerap berhubung menerusi ‘video call’. Sudah 8 bulan saya tidak dapat pulang ke Sabah seperti kebiasaannya saya akan pulang ke kampung setiap bulan. Saya mendoakan agar keluarga dan semua yang berada di Sabah berada dalam keadaan yang baik … katanya.

Manakala, Velvet menyifatkan lagu ini sebagai tanggungjawab sosial mereka berdua untuk meniupkan semangat menentang krisis Covid-19.

Sumber : Instagram @velvetaduk

“Inspirasi mencipta lagu ini bagaikan ‘tanggungjawab sosial’ kami berdua sebagai sumbangan terhadap negeri Sabah, ia bagaikan meniup semangat supaya kita sama-sama melawan wabak Covid 19 dan memberi sinar harapan untuk bertemu kembali insan tersayang” jelasnya.

Lagu terbitan Red Velvet Music ini juga boleh didapati di pelantar digital kegemaran seperti Spotify, iTunes, KKBox,Deezer, Joox dan juga Apple Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 Oct 2019

Tol Tidak Jadi Di Hapuskan Betul Ke?

Apa yang terkandung di manifesto dan pemahaman tidak sama?

Featured Thu, 11 Mar 2021
Trending Wed, 27 Jan 2021
Featured Thu, 18 Jul 2019

Viral transformasi wajah tua selebriti, seram ke tidak?

Agaknya bagaimanalah rupa kita apabila sudah tua?

Trending Tue, 1 Jan 2019
Trending Fri, 3 Jul 2020
Trending Wed, 14 Mar 2018

Hanya Kerana Salah Mesej Hantar, Hidup Terus …

Hanya kerana salah hantar mesej, kanak-kanak ini mendapat satu perkhabaran gembira,

Trending Fri, 11 Jan 2019

选对日子开工!才能「诸事大吉」一整年

所谓一年之吉在于春,选对吉日开工对华人来说是非常重要的。

Kisah Viral Wed, 17 Jun 2020
Trending Tue, 19 May 2020

Jangan Lepaskan Peluang Korang Untuk Saksikan Program Terbaik Syawal Ini Di TV3!

Boleh tonton juga menerusi Youtube TV3 Malaysia okay!

| Live TV