Featured By: Attiqah Mohd April 19, 2021 @ 8:23pm

Mas Idayu & Ziana Zain Bermadu?

Penyanyi, Mas Idayu mengakui lakonannya kali pertama dalam Drama Kampung Kolestrol bergandingan bersama Ziana Zain merupakan satu pengalaman yang mengujakan.

“Sebenarnya ini kali pertama mummy berlakon seumur hidup. Dalam drama ini, watak saya sebagai ketua kampung bermadu dengan karakter Ziana Zain, tapi bermadu dengan cara yang baik”.

Mas Idayu turut mengakui kali pertama membawakan watak ibu kepada pelakon Aiman Tino dalam drama tersebut.

“Selama ini kan selalu tengok mommy garang tapi kali ini garang kelakar. Habis anak-anak mummy bantai” katanya ketika ditemui di kempen Salam Sayang Ramadan.

Kampung Kolestrol mengisahkan
Kak Bib (Ketua Kampung Wanita Pertama) dan madunya, Kak Gee (Penolong Ketua Kampung) yang sentiasa membantu penduduk kampung itu dalam menyelesaikan pelbagai masalah mereka.

Pada bulan Ramadan ini, mereka mempunyai satu misi iaitu untuk menangani masalah kesihatan di kampung tersebut. Mereka menganjurkan satu pertandingan di mana sesiapa yang mampu mengurangkan berat dengan paling banyak di samping mengekalkan gaya hidup yang sihat akan memenangi pertandingan tersebut.

Jangan lupa saksikan Kampung Kolestrol mulai 20 April di TV9, pada hari Isnin hingga Rabu jam 8:30 malam dan secara eksklusif dan percuma di Viu selepas 1 jam tayangan di TV9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Apr 2020
Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Featured Wed, 10 Aug 2022

[VIDEO] Alif Hadi & Yasmin Hani Rancang Nikah Hujung Tahun Ini – “Kalau Boleh Nak Cepatkan”

Alahai comellll je pasangan ni! Masing masing so lovey dovey gituuuu

Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Trending Tue, 19 Jan 2021
Trending Mon, 13 Apr 2020

Ramadan Tahun Ini Sepi Tanpa Bazar Ramadan

Kebenaran ini pahit untuk diterima..