Trending By: SGMS Enal October 24, 2019 @ 4:25pm

Mat Salleh Layan Dikir Barat, ‘Kecek Kelate’

Pasti ramai yang berasa bangga dan teruja bila dapat tahu ‘mat salleh’ pun pandai berdikir barat. Bukan senang nak jumpa orang asing yang boleh bercakap bahasa Malaysia di luar negara, apatah lagi bertutur dalam dialek tertentu.

Dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini, sekumpulan ahli koir telah melakukan persembahan dikir barat dengan loghat ‘Kelate’ lengkap bersama koreografi tradisional seni berkenaan.

Dikir Barat merupakan persembahan berkumpulan daripada Kelantan yang diketuai oleh Tukang Karut dan Tok Juara. Kedua-dua mereka mengetuai nyanyian sambil berbalas pantun diikuti ahli kumpulan dikenali sebagai awak-awak yang menyanyi beramai-ramai diiringi paluan rebana dan tetawak (gong).

Persembahan kebudayaan itu telah dilakukan oleh Ensemble Vocal Caloroso, koir belia perempuan berusia 12 hingga 25 tahun yang berasal dari Belgium.

Meremang

Bangga menjadi rakyat Kelantan

Terbaik, Dikir Barat dah sampai ke negara barat

Sumber: Vocaal Ensemble Caloroso

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Gadis Remaja Didera Teruk Bapa Tiri! Suspek Dibebas Dengan Jaminan Namun Kes Masih Dalam Siasatan

Dia pijak kepala saya banyak kali sambil hentak guna kaki dia – Mangsa

Featured Fri, 26 Aug 2022

Lepas Akaun TikTok Manchester United Guna Sound, Kini Ryan Bakery Terima ‘Bluetick’ Pula!

Semart wooo 👏 Tahniah budak bedak! Teruskan berkarya🔥

Trending Thu, 23 Jan 2020
Trending Fri, 23 Mar 2018

Pengasas Toys ‘R’ Us Meninggal Dunia

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis lalu dan berita tersebut telah disahkan oleh syarikat berkenaan.

Events Thu, 21 Dec 2023
Trending Wed, 17 Jun 2020
Events Thu, 24 Nov 2022

Rabbani Bakal Adakan Konsert Rai 25 Tahun Perjalanan Dalam Industri

Kumpulan nasyid Rabbani yang terkenal dengan lagu-lagu dakwah dan masih kekal relevan sehingga kini akan menemui peminatnya di Konsert 25 Tahun Rabbani bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Kelainan yang akan dibawa […]