Trending By: SGMS Faida April 11, 2018 @ 5:11am

Maut Akibat Buah, Awas Penggemar ‘Rockmelon’

Korang penggemar ‘Rockmelon’? Hati-hati ketika membeli guys…

Buah yang diimport dari luar ini dilaporkan mengandungi bakteria sekaligus menyebabkan cirit birit tidak teruk dan demam dalam tempoh beberapa hari.

Setakat ini, seramai tujuh orang dilaporkan maut dan keguguran selepas makan tembikai yang mengandungi bakteria listeriosis ini!

Difahamkan ‘rockmelon’ yang dibawa dari Australia ini telah dieksport ke sekurang-kurangnya sembilan negara termasuk Malaysia dan Singapura.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ‘rockmelon’ atau ‘cantaloupe’ sudah dihantar ke Hong Kong, Jepun, Kuwait, Malaysia, Oman, Qatar, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain mungkin turut sampai ke Seychelles, kata kenyataan WHO.

Antara 17 Januari hingga 6 April lalu, Australia melaporkan 19 disahkan dan satu kemungkinan kes jangkitan listeriosis, semuanya dirawat di hospital. Tujuh daripada mangsa meninggal dunia.

WHO berkata, bakteria dikenali Listeria monocytogenes berpotensi mempunyai tempoh pengeraman panjang, biasanya satu atau dua minggu namun berkemungkinan sehingga 90 hari, justeru lebih banyak kes mungkin dilaporkan.

“Kes di negara terjejas masih dikenal pasti,” kata WHO.

Pengeluar tembikai Australia, yang tidak dinamakan WHO, memanggil semula buahan itu pada 27 Februari lalu.

Pada 2 Mac lalu, pihak berkuasa Australia mendapati tembikai dikeluarkan syarikat terbabit sudah dieksport dan mereka menghantar butiran pemakluman menerusi Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa kepada negara terbabit.

“Dipercayai, punca wabak adalah akibat gabungan keadaan persekitaran dan cuaca yang mencemarkan permukaan buah, dengan paras rendah bakteria masih tinggal selepas proses pembersihan.

“Penanam terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan kembali membekalkan tembikai wangi bermula 2 April lalu selepas ujian bebas bakteria di kawasan tanaman,” katanya.

Namun ia juga mencetuskan keadaan teruk seperti septisemia dan meningitis di kalangan individu berisiko tinggi seperti wanita hamil, bayi, warga emas dan mereka yang sedang menjalani rawatan untuk kanser, AIDS atau pemindahan organ.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

Featured Wed, 15 Jun 2022
Trending Wed, 29 Apr 2020
Featured Mon, 19 Apr 2021

Mas Idayu & Ziana Zain Bermadu?

Penyanyi, Mas Idayu mengakui lakonannya kali pertama dalam Drama Kampung Kolestrol bergandingan bersama Ziana Zain merupakan satu pengalaman yang mengujakan. “Sebenarnya ini kali pertama mummy berlakon seumur hidup. Dalam drama ini, watak saya sebagai ketua

Featured Tue, 5 Oct 2021

Hotel Terkemuka Di Langkawi Diarah Tutup Sementera Selepas 59 Pekerja Positif COVID-19

Berikutan seramai 59 kakitangan dikesan positif COVID-19, sebuah hotel terkemuka di Langkawi diarah tutup sementara. Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, penularan jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang

Trending Fri, 6 Jul 2018

Yahoo! Chatime Selamatkan Pekerja Tealive

Chatime Malaysia telah menawarkan untuk menggaji semula pekerja yang ditamatkan serta-merta dimana Chatime teringat akan kesannya terhadap kehidupan perkerjaan dan pemilik kedai.

| Live TV