Categories: Trending

Lagi Selebriti Wanita Berhijab ‘Unboxing’… Mawar Rashid Buka Tudung – “Saya Dah Cuba, Tapi Gagal”

Pelakon cantik Mawar Rashid mengambil keputusan untuk membuka tudung di kepalanya.

Menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya, pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu memuat naik dua keping foto dirinya berbaju putih tanpa hijab.

Mawar kembali free-hair.

“I tried, but I failed, I’m sorry,” tulis aktres berusia 28 tahun itu di ruangan kapsyen.

Mawar Rashid Buka Tudung

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Suamiku Paling Sweet ini turut memohon untuk mengundurkan diri buat seketika dan mahu kembali setelah dirinya bersedia.

“Goodbye world. Will be back when I’m mentally ready. Love you guys always,” luahnya di ruangan Instagram Stories.

Mawar Rashid Mula Bertudung Tahun 2020 Sempena Maal Hijrah

Terdahulu, ibu kepada tiga cahaya mata ini mula bertudung sejak 2020 sempena sambutan Maal Hijrah.

Memetik laporan Berita Harian pada 23 Ogos 2020, keputusan bertudung yang dibuat pada tahun baharu kalendar Islam itu cukup simbolik dan bermakna.

“Hendak dijadikan cerita, Allah lorongkan saya menyertai kelas agama. Setiap bulan saya pulang ke Kelantan untuk menimba ilmu agama. Saya belajar dengan salah seorang guru di sana.

“Sekembalinya ke Kuala Lumpur pada 17 Ogos lalu, tanpa berfikir panjang, saya mencapai tudung dan memakainya. Alhamdulillah, pada sambutan Maal Hijrah (Khamis lalu), saya berniat betul-betul untuk terus istiqamah bertudung,” katanya kepada BH Online.

Untuk rekod, Mawar dan suami, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya.

Padin