Categories: Trending

Maybank Kini Sediakan Tiga Pilihan Bantuan, Cara Mohon Lanjutan Moratorium

Buat anda yang belum tahu, tempoh pelanjutan moratorium bakal berakhir pada 30 September ini.

Justeru, bagi memudahkan urusan anda, Maybanm menyediakan tiga pilihan mudah untuk pelanggan memohon Pakej Bantuan Pembayaran Balik pinjaman mulai hari ini.

Cara mohon menerusi Maybank

Pelanggan boleh memohon secara dalam talian melalui Maybank2u (untuk pelanggan individu tidak termasuk sewa beli); melalui e-mel kepada weassist@maybank.com (untuk pelanggan individu) atau SMErelief@maybank.com (untuk pelanggan PKS), serta boleh mengunjungi atau menghubungi mana-mana cawangan, Pusat PKS atau Pusat Pembiayaan Auto seluruh negara.

Buat anda yang belum memohon, jangan untuk melakukan permohonan seawal yang mungkin supaya pembiayaan balik boleh diluluskan dengan cepat sebelum berakhirnya moratorium.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”