Trending By: Padin July 14, 2021 @ 7:12pm

Media Prima Omnia Perkenal Pakej #KitaMalaysia, Tawar Nilai Media Sehingga RM1 Juta Untuk Usahawan SME

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir dua tahun bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah ia memberikan impak terhadap pelbagai industri di serata dunia.

Industri perniagaan turut terjejas, malah ia memberikan kesan buruk terhadap perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Malaysia.

Ramai yang terkesan kerana penangan wabak ini, malah banyak perniagaan yang diusahakan oleh SME gulung tikar kerana Covid-19.

Sebelum pandemik melanda, sektor SME tempatan telah menjadi tulang belakang ekonomi Malaysia yang menyumbang sekitar 40 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara dan menggunakan dua pertiga tenaga kerja.

Pertumbuhan SME sangat bergantung pada realiti pasaran tempatan. Atas sebab itu, mereka biasanya tidak bersiap sedia jika terjadinya sebarang gangguan yang melanda sektor ekonomi.

Kehilangan pemain industri SME kerana wabak ini boleh diibaratkan seperti kehilangan enjin pertumbuhan, dinamisme dan keusahawanan untuk negara!

Bersempena Hari Kebangsaan ke-64 yang bakal menjelang tiba, Media Prima Omnia mengatur inisiatif dalam menghidupkan semula perniagaan SME tempatan yang terjejas kerana wabak Covid-19.

Media Prima Omnia muncul dengan pakej #KitaMalaysia khas untuk SME tempatan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia Sdn Bhd, Datuk Michael Chan berkata, pengusaha SME tempatan perlu pelan pemasaran yang konsisten untuk memajukan bisnes mereka.

“Pemain industri SME tempatan memerlukan kesedaran yang konsisten untuk terus memasarkan produk, bagi mempertahankan bisnes mereka. Sebagai syarikat media terbesar di Malaysia, kami ingin membantu memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat dalam dunia SME menerusi jangkauan platform kami yang tiada tandingannya.

“Pakej #KitaMalaysia dirancang khusus bersempena sambutan Hari Kebangsaan. Ia signifikan dengan perjuangan untuk kebebasan dan kehendak untuk bertahan dengan syarat tersendiri.

“Selain membantu SME, kempen ini juga memberi peluang kepada syarikat besar dan bahkan agensi Kerajaan untuk bergabung dengan kami dan menyokong usahawan untuk kembali berdiri memacu bisnes mereka,” kata Chan.

Media Prima Omnia akan memberikan nilai media bernilai RM1 juta* sepanjang kempen ini (tertakluk kepada terma dan syarat) dan ia meliputi rangkaian televisyen, media cetak serta platform digital untuk SME yang terawal yang mendaftar untuk mana-mana pakej yang tersedia daripada empat pakej #KitaMalaysia.

Pakej Starter Pack bermula dari RM5,000 dan ia merangkumi pendedahan untuk jenama dan produk SME di platform membeli-belah dari rumah dan e-dagang Media Prima dari 16 Ogos hingga akhir September.

Pakej Premium pula berharga RM10,000, RM15,000 dan RM20,000 setiap satu. Ia menawarkan pilihan integrasi platform media yang lebih luas untuk lebih banyak peluang pendedahan untuk sektor SME.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang menarik ini, hubungi kami di [email protected]

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Mar 2020
Trending Sun, 14 Feb 2021

“Darah Merata-Rata, Degupan Jantung Jadi Laju” – Awal Ashaari Cerita Pengalaman Kelahiran Anak Kedua

Pengacara Melodi, Awal Ashaari mencoretkan pengalaman melihat proses kelahiran anak keduanya. Menerima kehadiran bayi perempuan pada Jumaat lalu, Awal menceritakan pengalaman terbabit menerusi sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya. “The calm before the storm. […]

Trending Wed, 8 Apr 2020
Trending Wed, 15 Jul 2020

KKM Sahkan Antibodi Pesakit Kluster Sungai Lui Sembuh Adalah Rendah

Jaga kebersihan dan kekalkan memakai pelitup muka di tempat awam

Featured Tue, 7 Apr 2020
Featured Fri, 17 Apr 2020
Trending Sun, 28 Jan 2018

Syarikat Kilang Makanan Jual Laksa Ada Asid Benzoik

‘Laksa Pendek’ yang didapati menggunakan asid benzoik boleh menyebabkan alahan atau radang serta penyakit kanser jika dimakan dalam tempoh masa panjang.

Featured Fri, 2 Jul 2021

Pergerakan 3 Orang Dalam Satu Kereta Dibenarkan

Penduduk yang tinggal di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi dibenarkan untuk melakukan pergerakan tiga individu dalam sebuah kenderaan. Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, […]

Trending Wed, 23 Jun 2021

TNB Salur Bantuan Kepada Golongan B40

Semoga warga TNB dimurahkan rezeki dan dipermudakan urusan ♡♡♡

| Live TV