Trending By: Attiqah Mohd October 17, 2020 @ 5:00pm

Menang Anugerah Asian Academy, Ejen Ali The Movie & Alif Sofia Cipta Sejarah

Siri animasi popular, Ejen Ali The Movie dan Alif & Sofia berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul kemenangan pada Asian Academy Creative Awards 2020, semalam

Ejen Ali the Movie berjaya memenangi kategori Arahan Terbaik (Fiksyen) menerusi pengarahnya, Usamah Zaid Yasin. Manakala, Alif & Sofia pula mengungguli kategori Program Prasekolah Terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, berkata, pencapaian itu sangat luar biasa selain peluang mewakili negara bersaing pada acara pengiktirafan itu sangat berharga. 

“Dapat disenaraikan antara kandungan terbaik dari seluruh Asia adalah satu pencapaian tinggi bagi kami. Terutama di tahun yang mencabar ini kita diduga dengan penularan wabak Covid-19 sangat memberi kesan kepada industri media.  

“Jutaan tahniah kepada rakan kerjasama kami WAU Animation dan Blindspot Studios atas kecemerlangan mereka. Mereka terus berjaya mencipta dan menerbitkan kandungan animasi bertaraf tinggi serta martabatkan negara di persada antarabangsa.”

Pernah menang Program Animasi 3D Terbaik

Ini adalah tahun kedua karya animasi Ejen Ali dipertandingkan pada acara berkenaan. Terdahulu, sirinya memenangi kategori Program Animasi 3D Terbaik atau kategori Siri (Malaysia) pada 2018.

Asian Academy Creative Awards adalah anugerah tahunan berprestij yang mengiktiraf karya-karya dari Australia, New Zealand, Kemboja, China, Hong Kong SAR, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. 

Anugerah itu adalah untuk meraikan usaha industri kreatif dalam penerbitan kandungan dan produksi. Kemuncak AAA 2020 dijadualkan berlangsung pada 3 dan  4 Disember 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Amelia Henderson Nafi Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta, Ramai Kata Persis Mermaid Ariel!

“Hot girls don’t waste their tears” katanyaaa. Cewahhh, Cantik warna rambut Amelia kan 🤩🥰 Betullah macam Mermaid Ariel 🤩

Featured Mon, 14 Nov 2022

Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Orang dulu-dulu bela anjing untuk jaga kawasan kebun.. So ni lebih kurang ke?

Kes Mahkamah Mon, 19 Feb 2024

Atas Dakwaan Berkhalwat, Buruh Binaan Jadi Pesalah Pertama Di Terengganu Kena Hukuman Sebat

Pesalah khalwat yang merupakan seorang buruh binaan menjadi pesalah pertama di Terengganu dikenakan hukuman empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini.