Trending By: Padin September 1, 2022 @ 11:46am

Mencuit Hati & Sarat Dengan Mesej, Iklan Hari Kebangsaan Takaful Malaysia Memang Best!

Sedar tak sedar, tahun ini Malaysia meraikan Hari Kebangsaan yang ke-65. Setelah beberapa tahun Hari Kebangsaan disambut dalam suasana yang sederhana disebabkan pandemik, kali ini kita kembali meraikannya dengan meriah!

Ha, selain tunggu perbarisan Hari Kebangsaan pada pagi 31 Ogos, perkara yang paling dinantikan adalah iklan-iklan menarik bertemakan patriotik!

Iklan kegemaran tahun ini semestinya adalah iklan Hari Kebangsaan daripada Takaful Malaysia bertajuk Leman Loudspeaker. Siapa Leman Loudspeaker ni? Mesti anda nak tahu kan? Jom kami kongsikan!

Leman Loudspeaker bertemakan semangat kebersamaan

Untuk pengetahuan anda, tahun ini Takaful Malaysia telah mempersembahkan iklan Hari Kebangsaan berkonsepkan komedi tetapi mampu menyentuh perasaan dengan semangat kejiranan yang ditonjolkan.

Leman Loudspeaker mengisahkan seorang lelaki yang peramah dan ceria memperkenalkan jiran-jirannya di taman perumahan tersebut iaitu Kumaran, Asmah dan Lee kepada keluarga Roslan yang baru berpindah.

Kumaran DIY, seorang yang suka kelentang kelentung bertukang, Asmah pula suka memasak dan mencuba macam-macam resepi. Lee pula seorang kaki gadget yang dah buat siaran TV Leman terganggu!

Fuh..macam-macam betul perangai mereka yang Leman Loudspeaker kena hadap, sampai stress dibuatnya!

Hmm..macam manalah Leman Loudspeaker ni boleh bertahan ya?

Walaupun mempunyai jiran yang bermacam ragam ni, tapi merekalah yang membantu dan sentiasa ada di saat Leman dalam kesusahan. Bak kata Leman, “Selagi mereka ni masih ada, saya tak akan keluar dari taman ni”.

Begitu mendalam sekali semangat kejiranan yang mereka tunjukkan.

Iklan yang berdurasi 2:19 minit ini pada akhirnya mencerminkan bahawa walaupun berlainan budaya, bangsa dan latar belakang, kita semua adalah satu dan karakter yang berbeza inilah yang membuatkan kita menyayangi antara satu sama lain.

Jangan lupa saksikan iklan Leman Loudspeaker ini di saluran YouTube Takaful Malaysia. Jom sama-sama kita menyemarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan dengan menghargai orang di sekeliling kita.

Selamat Hari Kebangsaan yang ke-65 daripada XTRA!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Nov 2020
Featured Mon, 6 Nov 2023
Featured Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Siapalah Kata Mereka Cerai?” – Solat Jemaah Bersama, Noor Nabila Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Engku Emran Masih Baik

Segala kontroversi telahpun terjawab. Pasangan bahagia ni elok je tunai solat jemaah bersama-sama. Tapi comel Jebat Jayden niii, gerammm je!

Trending Tue, 26 Mar 2019
Trending Mon, 1 Jan 2018

你的年薪多少?澳洲「举牌工」年薪约40万令吉

还记得吗?小时候我们上学的时候,总是会有一位高举“Stop”的男人或女人,让学生安全过马路。而在澳洲悉尼的30岁多塞特(Amy Dowsett)就从事其工作,每天在马路上举牌,一年的年薪竟可高达13万澳元(约40万令吉)。