Trending By: Syafiqa Irdina April 8, 2020 @ 12:30pm

“Menitis Air Mata Kami” – Netizen Sebak Lihat Fazley Yaakob Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas Hampir Sebulan Dikuarantin

Cukup Sebak!

Itulah perkataan yang dapat digambarkan setelah melihat video penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob yang pulang ke pangkuan keluarganya selepas hampir sebulan dikuarantin.

Menerusi entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya semalam, rakaman video tersebut dilihat cukup sayu apabila empat anak-anaknya terus memeluk Fazley selepas menunggu di luar pintu rumah.

“30 hari tanpa anak2, isteri serta keluarga ada satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan.

Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak2, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat sangat!,” tulisnya di Instagram.

Terdahulu, pada 24 Mac beliau mengambil keputusan untuk mengkuarantinkan diri selepas pulang dari Singapura selama 3 minggu demi keselamatan anak-anak.

Perkongsian Dato’ Fazley itu ternyata mengundang kesedihan netizen yang juga tidak dapat menahan air mata apabila melihat rakaman video tersebut.

Alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan bebas daripada wabak ini. Buat semua, sekali lagi diingatkan supaya bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam.

Xtra careful guys!

Kredit: Instagram Dato’ Fazley Yaakob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Sun, 9 Jul 2023

Wany Hasrita Selamat Melahirkan ‘Baby Girl’ Secara Normal

Awww…. Tahniah Wany & Suami atas kelahiran anak sulung mereka🥰

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Wed, 31 Jan 2024
Trending Sun, 25 Aug 2019

Duit USD101,500 Disamun Sewaktu Pertukaran Wang

Bukan setakat cedera kerana bertumbuk, duit pula disamun sewaktu kejadian

Trending Wed, 15 Jul 2020

KKM Sahkan Antibodi Pesakit Kluster Sungai Lui Sembuh Adalah Rendah

Jaga kebersihan dan kekalkan memakai pelitup muka di tempat awam