Featured By: Yanie Baharom April 29, 2020 @ 6:01pm

Mesej kejut bangun sahur dan mi ramen, memori terakhir sahabat karib sebelum maut dilanggar lori

Kiriman mesej ‘bangkit sahur’ yang dikirim Allahyarham Siti Nurul Jannah Hanisah Mohd kepada Nurul Husna Aini Mohd Hamdan, beberapa jam sebelum pemergiannya pada hari kedua Ramadan, baru-baru ini menjadi perbualan terakhir antara sahabat baik itu.

Dua hari sebelum pemergian Jannah, dia sempat menjenguk Husna atau mesra disapa Una untuk memberikan ramen apabila menyedari sahabatnya teringinkan mi segera itu.

Ekoran masih tidak mempercayai berita pemergian sahabat baiknya, gadis cantik berkenaan menulis nukilan pilu mengenai kebaikan Allahyarham dalam akaun Twitter miliknya. Tanpa disangka hantaran itu sehingga kini menerima lebih 15,000 ulang kicau (retweet) dan mendapat reaksi warga siber.

Allahyarham Jannah. Foto : Twitter

Dalam satu temu bual dengan sebuah portal, Husna memberitahu, dia mengenali Allahyarham Jannah ketika sama-sama belajar di Tingkatan Enam.

“Saya dapat tahu dia meninggal dunia pada sebelah malam, rakan sekelas yang maklumkan. Saya tak percaya yang dia dah pergi. Macam susah nak terima kenyataan.

“Kenangan banyak sangat, susah senang kami belajar Tingkatan Enam dulu. Selalu lepak rumah dia, masak-masak. Dia kena langgar lari masa buat penghantaran (COD) makanan. Dia jual nasi beriani,” katanya.

Gais tolong sedekahkan Al Fatihah untuk kawan baik aku :’) dia pergi petang tadi kena langgar lari…allahuakbar kawan baik aku dah takde ???? pic.twitter.com/Bd81YPb1WM

— una (@tinylilmunchkin) April 25, 2020

Menurut Husna lagi, arwah ada berkunjung ke rumahnya dua hari sebelum meninggal dunia, namun mereka hanya sempat berbual ringkas.

“Dia datang bawakan saya ramen kerana saya mengadu dah lama teringin nak makan ramen. Pada hari kejadian pula, Allahyarham hantar mesej kejut bangun sahur, tapi saya tak bangun selain membalas mesej agak lambat,” katanya.

Husna berkata, selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka berdua merancang untuk bekerja di sebuah syarikat katering untuk menampung pengajian.

Menurut pelajar Kolej Komuniti Taiping berusia 20 tahun itu, sahabatnya menjadi mangsa kejadian langgar lari di Sungai Siput, Perak, di mana pelakunya sehingga kini masih belum berjaya ditangkap.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan pada Ahad  jam 11 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Mar 2020

5 tanda badan tidak cukup karbohidrat!

Jangan abaikan keperluan tubuh badan.

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!

Featured Tue, 19 Mar 2024

“Puteri Sarah Menantu Baik, Kebahagiaannya Tergugat Sebab Penyondol Yang Kejam” – Patimah Ismail

Salute! Datin dengan Datuk ni memang contoh terbaik mentua sedunia lah❤️

Trending Thu, 14 Nov 2019

Beruang Matahari Diselamatkan Dari Rumah Panjang Di Betong

Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menyelamatkan seekor beruang matahari yang dipercayai dipelihara tanpa permit dalam serbuan Op Khazanah di sebuah rumah panjang di sini semalam. Bagaimanapun tiada tangkapan […]

Featured Thu, 19 May 2022

Selepas Setahun, Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah & Nama Puteri

Comelnya! Akhirnya Miera Leyana dedah anak perempuannya.

Featured Mon, 7 Aug 2023
Featured Mon, 14 Oct 2019

Impikan perkahwinan di dalam jet peribadi? Dengan RM50,000 anda mampu melaksanakannya!

Pakej ini hanya boleh didapati menerusi perkhidmatan Efinair!

Trending Mon, 21 Jun 2021

Kisah Neelofa Jadi Inspirasi Bantu Pesakit Covid-19

Tindakan selebriti dan usahawan popular Neelofa yang menyumbang RM90,000 untuk membeli katil elektronik bagi membantu pesakit Covid-19 menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama. Baru-baru ini, Asri Ahmad Academy bersama Murtadha Dakwah […]