Featured By: Yanie Baharom April 10, 2020 @ 2:00pm

Mesej penghargaan menerusi pancaran lampu LED, inisiatif pihak hotel hargai petugas barisan hadapan

Rupanya beginilah suasana malam di Bangi, malangnya tidak dapat dilihat ramai ekoran perlu kekal di rumah bagi menghormati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penulis percaya, ada segelintir penduduk kawasan sekitar tidak menyedari akan hal ini, maklumlah siapa yang berani keluar malam tatkala ancaman COVID-19 ada dimana-mana.

Apapun tahniah di atas usaha Hotel Tenera yang terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi kerana melakukan inisiatif dengan cara yang begitu kreatif.

Hotel itu mendedikasikan kata semangat menerusi tingkap hotel dengan menggunakan pancaran lampu LED kepada seluruh petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus sepanjang menangani wabak COVID-19 ini, termasuk ‘abang riders’ yang tidak pernah jemu membuat penghantaran makanan, kurier dan sebagainya.

Antara mesej yang yang menyinari malam di pekan Bangi, adalah “BE SAFE”, “TQ KKM”, “PADU ABG RIDER”, “LOVE POLIS” dan sebagainya.

Ciapan yang dilakukan pengguna Twitter menggunakan nama @ekinkacak menerusi akaun perubadinya, sehingga kini diulang kicau melebihi 21,000 selain pujian daripada netizen terhadap mesej positif hotel itu.

Ada juga yang menyuarakan hasrat untuk menginap di hotel berkenaan selepas berakhirnya rantaian COVID-19 sebagai tanda terima kasih.

Umum sedia maklum, impak daripada penularan wabak COVID-19 ini, industri perhotelan antara yang paling terjejas sekali. Kebanyakannya kehilangan sejumlah besar pelanggan terdiri daripada pelancong luar dan domestik yang merupakan prospek utama perniagaan mereka.

Pada saat sukar ini, usaha Hotel Tenera kekal optimis dan menyebarkan mesej positif kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus melawan penularan wabak COVID-19 di negara ini, wajar diberi pujian.

Berikutan daripada perkongsian itu, netizen turut memuat nak beberapa foto hotel lain yang juga mengambil inisiatif sama dalam menyampaikan mesej positif kepada rakyat Malaysia.

Pastinya petugas barisan hadapan turut terharu dengan mesej yang diberikan kepada mereka.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyokong industri pelancongan dan perniagaan tempatan selepas tamat tempoh PKP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Aug 2022

“Itu Bukan Saya” – Josiah Hogan Jadi Mangsa Scammer

Bahaya betul.. nasib baik tak sempat, kalau tak habis kena tipu.

Trending Mon, 10 Feb 2020

Pelawak Popular Abam Bocey Meninggal Dunia

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman

Featured Fri, 15 Mar 2019
Trending Thu, 26 Jul 2018

HFMD Pun Boleh Kena Pada Orang Dewasa

Segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Featured Wed, 16 May 2018

Bintang Bollywood Aishwarya Rai Raih 1.4 Juta Pengikut Di Instagram Dalam Masa 4 Hari!

Akaun milik isteri kepada pelakon Abhishek Bachchan itu kini sudah mencecah 1.4 juta pengikut sejak dibuka empat hari lalu!