Trending By: Fatin Nurain June 25, 2024 @ 10:46am

Mesra Ketika Live Bersama, Wanns Ahmad & Khalida Balqis Bercinta?

Penyanyi dan aktor Wanns Ahmad dilihat begitu mesra membuat live bersama pelakon jelita, Khalida Balqis, sejak kebelakangan ini.

Malah, pasangan itu juga sudah beberapa kali membuat live bersama menerusi platform TikTok.

Terbaharu, Wanns dan Balqis telah membuat live bersama ketika berada di sebuah kedai makan, malam tadi.

Telatah mesra kedua-dua pelakon itu turut meraih perhatian dalam kalangan pengikut yang menonton sesi live tersebut.

Bagaimanapun, pasangan itu tidak mendedahkan status hubungan mereka yang turut menjadi persoalan dalam kalangan peminat mereka.

Menerusi live tersebut, Balqis telah meluahkan bahawa dia susah untuk mendengar Wanns menyanyi meskipun sudah diminta setiap hari.

“Bestnya kak hari-hari dia nyanyi. Takda, jangan berangan. Susah. Punyalah payah nak suruh dia nyanyi dalam mulut dia ada emas,” katanya.

Akur dengan permintaan aktres itu, Wanns telah menyanyikan beberapa lagu secara spontan sebelum meminta Balqis berpindah masuk ke dalam kereta.

“Hari-hari saya nyanyi untuk awak. Kita sambung dalam keretalah awak seganlah orang tengok perilaku kita. Hari-hari kan saya nyanyi dekat awak,” katanya.

Mendengar permintaannya tertunai, Balqis kelihatan gembira dapat mendengar Wanns menyanyi untuknya dan peminat yang menonton live tersebut.

@xtra_my Betul ke tu? 😬 Cara Wanns pandang Balqis pun macam ada makna 🥰.. #fyp #xtramy #wannsahmad #khalidabalqis #cinta #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Aug 2018

整容般的化妆技术「大婶一秒变女神」

市面上除了有越来越多厉害的化妆品外,女孩们的化妆术也更强大啦!近日在抖音上又有一用户放了堪称整形前后对比的美妆影片,这到底有多厉害呢?

Featured Tue, 2 Apr 2024

Alami Najis Berdarah, Jaafar Onn Kini Berada Di Zon Kritikal

Allahu, moga dipermudahkan urusan abang Jaafar onn kita🤲

Trending Wed, 29 May 2019

Disamun Sebelum Dibunuh, Mayat Ditemui Di Dalam Semak Dipercayai Milik Pemandu Grab

Mayat Mohd Hanafiee Jaafar dipercayai disamun sebelum dibunuh dan dicampak ke dalam semak

#tilljannah Wed, 28 Dec 2022

Lawaknya Gelagat Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Masuk Air’ Menari Dangdut!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli sedang berada di sebuah restoran. Menerusi hantaran yang dimuat naik semula oleh pengguna @norzana1980 itu menunjukkan Aprena Manrose, sepupu […]

Hiburan Thu, 26 Oct 2023