Trending By: Padin May 4, 2022 @ 4:18pm

Min Yasmin Sambut Syawal Di Filipina – “Nak Kata Sedih, Memanglah Sedih Sebab…”

Penyanyi Min Yasmin meraikan ketibaan Syawal di Tawi-Tawi, Filipina kerana terlibat dengan persembahan sempena kempen pilihan raya negara terbabit.

Pertama kali menyambut Hari Raya di perantauan, Min dan suami, komposer Julfekar sudah berada di sana semenjak 26 April yang lalu.

“Insya-Allah, kami akan berada di sini selama 29 hari. Syukur Alhamdulillah, selepas dua tahun tidak boleh ke luar negara, rezeki saya dan suami untuk kembali ke sini datang seminggu sebelum kita menyambut Syawal.

“Seperti semua orang tahu, saya mempunyai ramai penyokong di sini dan Tawi-Tawi ibarat rumah kedua. Saya sering berulang alik membuat persembahan di sini selain pernah mengadakan konsert.

“Kali ini, saya dijemput untuk membuat persembahan di beberapa lokasi sempena kempen pilihan raya Filipina. Satu penghormatan buat saya daripada pihak kerajaan di sini. Bagi saya, ini satu lagi peluang keemasan selain dapat melepas rindu dengan seluruh peminat di sini,” kata Min.

Biarpun sedih kerana tidak dapat meraikan Syawal Bersama keluarga kerana memenuhi tuntutan kerjaya, pelantun lagu Belum Lelah Setia ini setia ditemani oleh suami yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.

“Apabila mendapat tawaran ini, tentu saja saya dan suami berbincang. Apatah lagi tarikh penerbangan kami kurang seminggu lagi untuk menyambut hari raya.

“Namun, apabila difikir semula tawaran ini bukan selalu datang. Jadi, saya dan suami bersetuju. Memandangkan kami pergi berdua, jadi tidaklah saya berkeseorangan menyambut raya. Ditemani suami juga satu rahmat biarpun tak dapat bersama keluarga lain.

“Nak kata sedih, memanglah sedih sebab kali pertama tak dapat beraya dengan mak, adik beradik dan keluarga. Tentu saja paling dirindukan adalah juadah pada pagi raya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Feb 2020
Selebriti Fri, 29 Dec 2023
Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Suka Nikmati Makanan Pedas, Cili.. Sabdhi Saddi Masuk Hospital Gara-Gara Apendiks

Alamak! Takutlah nak makan pedas😵 Semoga cepat sembuh Sabhi Saddi✨

Trending Wed, 15 May 2019

Biadap! Remaja Bersikap Kurang Ajar Tolak Motosikal Pak Cik Tua Kini Viral Di Twitter

Kurang ajar! Bayangkan kalau situasi ini berlaku kepada ayah kita sendiri..

Trending Sun, 4 Oct 2020
Featured Fri, 31 Mar 2023
Trending Thu, 3 Oct 2019

Once Again, Yuna Made Malaysia Proud!

Malaysian pop star Yuna rubs shoulders with Cardi B and Blackpink’s Jennie at Paris Fashion Week