Trending By: Yanie Baharom July 14, 2018 @ 8:00pm

Minta Wartawan Rujuk Twitter, Syed Saddiq Ditempelak Netizen

“Sila rujuk Twitter saya,” begitulah reaksi yang diberikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung peletakan jawatan bekas pegawai akhbarnya, Numan Afifi Saadan.

Saranan kepada petugas media untuk merujuk Twitter beliau berhubung isu yang dipertanyakan, satu kenyataan yang agak lucu bagi wartawan yang bertugas seolah meminta mereka menulis kisah viral di media sosial.

Meskipun dalam keadaan tergesa-gesa untuk memenuhi satu lagi temujanji, tidak salah sekiranya Yang Berhormat Syed Saddiq memberikan sedikit masa sekurang-kurangnya lima minit kepada petugas media untuk menemubualnya memandangkan mereka sudah berada di depan mata selain mengerumuni kenderaan yang dinaiki beliau.

Ekoran keengganannya menjawab pertanyaan media dalam satu video tular itu, mengundang kecaman netizen.

Menerusi video berdurasi 31 saat itu, Syed Saddiq  meminta wartawan supaya merujuk kenyataan yang sudah diberikan di laman Twitter apabila diajukan soalan mengenai peletakan jawatan bekas pegawai akhbarnya, Numan Afifi Saadan.

“Maaf saya terpaksa pergi. Saya lewat, ada satu lagi perjumpaan selepas ini. Bro, saya minta maaf sangat.

“Saya sudah komen hal ini banyak kali, saya sudah komen di Twitter, sila rujuk Twitter saya. Ok bro jaga diri, Bye,” ujar Syed Saddiq sebelum menutup pintu kereta yang dinaikinya.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama @The_UglyOrgan itu diulang kicau (retweet) hampir 600 kali dan menerima 382 tanda suka.

Ia merupakan sedutan daripada video asal berdurasi 1 minit 24 saat yang disiarkan di saluran Youtube The Star Online pada Isnin lalu yang berjudul Syed Saddiq: No further comments on Numan’s resignation.

“Wah menteri suruh wartawan rujuk kat Twitter. Walhal wartawan tanya depan muka dia,” tulis @ismet_ulam.

“Tun Dr Mahathir pun tak pernah cakap kat media saya sibuk menghadiri perjumpaan macam tu. Jawab tak sampai seminit pun bro,” tulis seorang lagi netizen.

Sementara itu, Syed Saddiq menerusi laman Twitter miliknya pada petang Jumaat tampil mempertahankan diri berhubung posting berkenaan.

“Tak perlu terjah pun. Ini di Sunway University. Ada forum di mana ada Q&A lebih sejam. Tiada tapisan soalan.

“Siap ada yang berdemo. Bila pihak universiti nak halang, saya kata benarkan mereka kerana itu hak mereka.

“Kena rush sebab ada urusan lain. Saya tak suka lambat. Kena tepati masa,” tulisnya.

Sumber: mStarYouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Feb 2019
Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Trending Fri, 21 Aug 2020
Featured Tue, 26 Dec 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Beraksi Manja & Sweet, Iman Troye Expose Teman Lelaki?

Amboi Iman Troye angau sampai tak boleh tidur Danial tak teman yaaa ❤️ Gituuuu hihi apapun semoga yang baik baik saja