Trending By: Salma Syahbuddin August 26, 2020 @ 10:00am

MKN Benarkan Pelajar Pakai Pelindung Muka Sahaja

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran akan diberikan kepada pelajar atau kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.

Kebenaran memakai pelindung muka ketika ke sekolah dan tidak perlu memakai pelitup muka pakai buang ini bertujuan mengurangkan beban keluarga pelajar miskin yang memiliki bilangan anak yang ramai dan masih bersekolah.

Pemakaian pelindung /pelitup muka digalakkan

Keputusan itu dibuat ketika Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai PKPP dan telah dipersetujui oleh pihak KKM.

Bagaimanapun, penggunaan pelindung muka dan pelitup muka amatlah digalakkan.

” Namun, kalau tiada pelitup muka, ada pelindung muka sahaja pun sudah boleh dianggap pelindung kepada kesihatan diri sendiri,” Katanya.

Kos pembelian pelitup muka membebankan

Kelonggaran yang diberikan ini adalah kerana memikirkan kos pembelian pelitup muka pakai buang yang dianggap membebankan keluarga pelajar miskin.

Dan, ini sekaligus dapat memberi sedikit ruang serta kelonggaran kepada pelajar miskin sebab saya difahamkan harga pelindung muka adalah lebih kurang RM3 hingga RM5 sekeping dan boleh diguna berbulan-bulan.

Bagaimanapun, beliau turut memaklumkan KKM perlu mengeluarkan garis panduan mengenai langkah untuk membersih dan mencuci pelindung muka bagi memastikan ianya selamat digunakan untuk jangka masa lama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Mar 2023
Trending Mon, 24 Aug 2020

Lebih Banyak Taman Rekreasi Akan Ditutup

Tolonglah jangan degil gaissss!

Trending Mon, 6 Apr 2020
Featured Fri, 25 Nov 2022

Ketua Negara Pertama Ucap Tahniah… Anwar Ibrahim Diberi Penghormatan Presiden Indonesia, Joko Widodo

Teka-teki siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 telah terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan mandat untuk menyandang jawatan itu. Sehubungan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo merupakan ketua negara pertama yang menghubungi Anwar bagi menzahirkan

Trending Mon, 26 Feb 2018

KREN TUMBANG DI MRR2, PENGGUNA DIMINTA BERSABAR

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kren berkenaan yang hilang imbangan dan terjatuh di atas jalan.

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Sampai Kiamat Kita Takkan Boleh Melupakan” – Iddin Ramli Kongsi Tip ‘Move On’ Raih Perhatian

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli berkongsi tips ‘move on’ dan ia mendapat perhatian ramai. @iddinramliiIkhlaskan saja♬ original sound – Iddin Ramli Menerusi video berdurasi 43 saat itu, Iddin mengupas isu berkenaan bagaimana untuk

| Live TV

error: Content is protected !!