Trending By: Salma Syahbuddin February 5, 2021 @ 2:46pm

Mohon Pengeluaran i-Sinar, Lebih Separuh Golongan T20 Rancang Guna Beli Saham & Emas

Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Undian (UCSI), hampir separuh golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakan simpanan mereka untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.

Malah, kebanyakan mereka yang berbuat demikian adalah mereka dalam kategori umur 40 hingga 55 tahuAn.

“Menariknya pelaburan menjadi satu daripada tujuan pengeluaran i-Sinar terutama golongan T20 meskipun, dalam keadaan sukar dengan pandemik Covid-19, masih ada yang melihat peluang dan bertindak,” menurut pusat penyelidikan berkenaan dalam kenyataan pada Khamis.

Golongan B40 dan M40 turut terlibat

Menurut pusat kajian tersebut, golongan B40 dan M40 juga turut terlibat tetapi, ianya adalah untuk membayar balik pinjaman mereka. Dan, golongan ini pula masing-masing  berusia sekitar 26 sehingga 55 tahun.

Manakala, hanya 48.6 peratus sahaja yang menggunakan wang pengeluaran tersebut bagi tujuan membeli makanan dan barangan kelengkapan dapur.

Justeru itu, pihak UCSI memohon agar rakyat Malaysia terutamanya golongan ini mengkaji dan melihat sendiri komitmen mereka untuk berdepan masa-masa yang sukar terutamanya sekarang ini.

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Sep 2023
Trending Sun, 18 Oct 2020

Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Rizalman Ibrahim Mahu Turun Padang

Pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim, 49, yang kini menggalas tugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) mahu turun padang untuk peka dengan keadaan semasa yang berlaku di institusi itu. Mahu menggalas tugas […]

Featured Tue, 26 Apr 2022

“Ambil Je Mana-Mana, Tak Kisah Harga” – Nur Fazura Habis Puluhan Ribu Belanja Pekerja Beg Jenama Mewah

Alhamdulillah, syoknya dapat beg Coach! Moga murah rezeki selalu Faz..

Hiburan Thu, 19 Oct 2023

Ross Ariffin 3 Tahun Hidup Menderita, Dulu Komposer Terkenal Kini Gelandangan Kaki Lima

Kesiannya Ross Ariffin, semoga segala urusan dipermudahkan…

Trending Tue, 3 Jul 2018

TERKINI : Najib Ditahan SPRM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi. Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok. […]

Featured Thu, 4 Aug 2022

Janna Nick Terima Komen L*cah Gara-Gara Tayang Gambar Betis

Yang kutuk kata betis atlet tu jahat eh!

error: Content is protected !!