Categories: Trending

Moratorium Automatik Untuk B40, M40 Dan Peniaga Kecil

Dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat semalam, Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul Aziz mengumumkan lanjutan moratorium kepada golongan tertentu. 

Menurutnya, bantuan moratorium ini akan disalurkan dalam bentuk penangguhan, pengurangan dan penjadualan semula pinjaman.

Lanjutan moratorium bank secara automatik akan diberikan kepada golongan B40 dan peniaga kecil sahaja.

Manakala, bagi golongan M40 pula hanya perlu membuat pengisytiharan sendiri tanpa perlu sebarang dokumen.

Sementara, bagi rakyat yang tidak tergolongan dalam segmen berkenaan boleh mendapatkan moratorium dengan memohon kepada pihak bank masing-masing.

Dalam pada itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan di laman Facebook menjelaskan, penerima BSH/BPR dan peniaga kecil/mikro perlu memilih sama ada moratorium selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus untuk tempoh enam bulan.

“Peminjam yang layak terdiri daripada pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan mereka yang tidak mempunyai tunggakan ansuran melebihi tiga bulan.

“Hubungi pihak bank dan nyatakan pilihan anda pada bila-bila masa mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021 dan kelulusan diberikan secara automatik,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, tonton video di bawah:


Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”