Trending By: SGMS Enal February 19, 2019 @ 10:43am

Movie Animation Park Studios Masuk Percuma Mulai 1 Mac

Movie Animation Park Studios (MAPS) akan memperkenalkan sistem berkupon bagi semua tarikan di taman tema itu selain dibenarkan masuk secara percuma untuk semua pengunjung mulai 1 Mac ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata menerusi model perniagaan baharu yang diperkenalkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), ia merupakan usaha menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara menikmati segala keindahan yang terdapat di taman tema tersebut.

“Taman tema ini dibuka secara percuma bagi orang ramai yang mahu datang beriadah dengan menggunakan fasiliti yang disediakan di sini, namun pengunjung perlu membayar setiap permainan atau menonton persembahan selain boleh mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan di sini.

“Dengan pelaksanaan model baharu ini, ia akan memeriahkan taman tema ini sekali gus menjadi tarikan utama pelancong apabila mereka datang berkunjung ke bandar raya Ipoh,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman strategi perniagaan baharu MAPS yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shafeii Abdul Ghaffor di sini hari ini.

Beliau berkata MAPS juga akan membuka pelbagai lagi tarikan terbaharu untuk memberi banyak pilihan kepada pengunjung yang datang ke situ sekali gus dapat memperhebatkan lagi taman tema itu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata MAPS juga bercadang untuk menjadikan taman tema itu sebagai kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Saya sendiri sudah mengadakan perbincangan dengan (pihak pengurusan) PLUS (Lebuh Raya Utara Selatan) mengenai perancangan tersebut namun kajian lebih teliti perlu dilakukan seperti membuat lencongan jalan dan sebagainya kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

“Pihak PLUS juga begitu teruja dengan cadangan tersebut dan kita akan mengadakan perbincangan dengan lebih mendalam sebelum kita mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk tujuan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Shafeii dalam ucapannya berkata pengunjung boleh menikmati setiap tarikan dengan menggunakan sistem berkupon serendah RM3 serta pihaknya turut menawarkan dua bentuk tiket istimewa iaitu ‘MAPS Pasport’ dan ‘MAPS Infinite Pass’ khusus untuk pengunjung.

“Bagi pembeli tiket ‘MAPS Pasport’ yang berharga RM80, pengunjung boleh menaiki setiap permainan dan tarikan untuk sekali sahaja dengan tempoh sah sehingga 30 hari dari tarikh pembelian manakala ‘MAPS Infinite Pass’ yang bernilai RM145 pula boleh menikmati setiap tarikan seberapa banyak kali yang mereka mahukan dalam tempoh sehari,” katanya.

Shafeii berkata bermula 1 Mac nanti, MAPS akan melaksanakan waktu operasi baharu iaitu setiap Isnin, Selasa dan Khamis akan mula dibuka pada pukul 4 petang hingga 12 tengah malam manakala Jumaat, Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum serta cuti sekolah akan mula beroperasi dari 10 pagi hingga 12 tengah malam dan akan ditutup setiap Rabu.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Trending Mon, 17 Aug 2020
Trending Sun, 10 Jun 2018

Kejam Betul! Bayi Lelaki Ditinggalkan Dalam Mangkuk Tandas

Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Featured Thu, 1 Dec 2022

Anak Rela Dipenjara Kerana Mahu Merasai Kasih Sayang Ibu, Rindu Kasih Isi Slot Samarinda TV3

Tiada harta yang setinggi nilai curahan kasih sayang ibu kepada anak. Namun begitu, Khalid perlu menyara dan membesarkan anaknya, Salina, yang masih kecil seorang diri tanpa kasih sayang daripada seorang ibu. Mengisi slot Samarinda TV3, […]

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jemaah Eropah Maut Terjun Depan Kaabah

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Featured Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Laporan Psikiatri belum sedia punca kes ditangguh