Trending By: Salma Syahbuddin June 24, 2020 @ 2:47pm

MRT Laluan Kajang Dan 3 Stesen Lain Akan Ditutup Hujung Minggu Ini

Tiga stesen MRT di laluan Kajang akan ditutup pada Sabtu dan Ahad ini untuk memberi laluan bagi kerja-kerja migrasi berkaitan pemindahan sebahagian daripada laluan sehingga ke laluan Putrajaya yang baru.

Lokasi penutupan stesen MRT

Penutupan MRT akan berlaku di stesen MRT Sungai Buloh, MRT Kampaung Selamat dan MRT Kwasa Damansara.

Namun, stesen KTM Sungai Buloh dan kemudahan parking bersebelahan dengan stesen tidak terjejas oleh penutupan itu.

Perkhidmatan bas PERCUMA

Sumber : Google

Akibat daripada penutupan tersebut, perkhidmatan bas perantara percuma akan beroperasi antara Stesen MRT Kwasa Sentral dan Stesen MRT Sungai Buloh selain menyediakan perkhidmatan di Stesen MRT Kampung Selamat.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Sdn Bhd MRT Laluan Kajang, susulan penutupan tiga stesen terbabit, tren MRT dari Kajang akan berakhir di Stesen MRT Kwasa Sentral.

” Bas perantara tidak akan berhenti di Stesen MRT Kwasa Damansara kerana tiada aktiviti komersial dan kawasan perumahan yang berdekatan dengan stesen. Tempat letak kereta di Stesen MRT Kwasa Damansara juga akan ditutup,”  Katanya.

Lokasi parking adalah di Stesen Kwasa Sentral MRT Sungai Buloh

Sumber : Google

Tambahnya lagi, pengguna yang biasanya meletakkan kereta di kemudahan tempat letak kereta di Stesen MRT Kwasa Damansara kini boleh meletakkan kenderaan mereka di Stesen Kwasa Sentral MRT Sungai Buloh.

“Perkhidmatan bas perantara percuma akan beroperasi berpandukan frekuensi tren pada hari minggu iaitu di antara 7 minit dan 15 minit,” Jelasnya.

Penutupan ini juga adalah untuk kerja tren elektrik dan penguasaan kuasa MRT di Laluan Putrajaya.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan pengguna tren dan berharap mereka dapat memahami bahawa kerja yang dilakukan adalah untuk menambah baik dan mengembangkan jaringan pengangkutan awam berasaskan tren di Lembah Klang,”

Nama kedua-dua Laluan MRT secara rasminya akan dikenali sebagai MRT Laluan Kajang menggantikan MRT Laluan Sungai Buloh -Kajang dan MRT Laluan Putrajaya kepada MRT Laluan Sungai Buloh -Serdang- Putrajaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Trending Fri, 28 Feb 2020
Trending Sat, 16 Feb 2019

Muncung Pesawat Delta Menjunam Dari Ketinggian 34,000 Kaki

Tak terkata-kata penumpang didalam penerbangan mengucap syukur apabila selamat mendarat walaupun dalam keadaan cemas

Trending Sat, 16 Mar 2019

“Hello Brother,” Lelaki Pertama Terkorban Dalam Insiden

“Hello Brother,” Lelaki Pertama Terkorban, Sapaannya Kepada Pengganas

Trending Wed, 27 Jan 2021

Permohonan Baru BPR Dibuka Sehingga 15 Februari

Teguhkan rakyat menang bersama!