Categories: FeaturedTrending

Muatnaik Foto Romantis, Putera Harry dan Meghan Markle Bakal Timang Anak Kedua

Semenjak menarik diri daripada tugas tugas khas Keluarga Diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle yang merupakan bekas aktres Hollywood dilihat lebih banyak meluangkan masa mereka melakukan aktiviti kebajikan.

Walaubagaimanapun, kisah kehidupan mereka masih menjadi perbualan hangat di dada akhbar dan kelibat mereka masih menjadi tumpuan lensa kamera.

Terbaru, menerusi jurucakap diraja Britain, Meghan Markle telah disahkan hamil anak kedua.

Sempena Hari Valentineā€™s Day, pasangan tersebut turut memuatnaik sekeping foto romantis bersama kenyataan rasmi mengumumkan kandungan Markle.

Foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah oleh selebriti terkenal dan juga orang ramai yang turut tumpang gembira dengan berita itu.

Pasangan tersebut kini mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Archie Harrison Mountbatten

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.ā€