Trending By: SGMS Faida August 11, 2018 @ 10:44am

Muhyiddin Yassin Mungkin Cuti Lebih Lama Jalani Kemoterapi

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan akan bercuti lebih lama lagi kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi.

Katanya, Muhyiddin perlu menjalani rawatan kemoterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada bulan lalu.

“ Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi,” kata beliau yang mengambil alih tugas sebagai Menteri Dalam Negeri buat sementara. 

Hal ini disahkan oleh beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Bersatu di sini, malam tadi.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh itu bercuti sejak 12 Julai lalu bagi mendapatkan rawatan di Singapura dan sepatutnya kembali bertugas dalam tempoh sebulan lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Trending Wed, 3 Jun 2020

Berita Baik Buat Peminat Esports Di Malaysia

Wah tak sabarnya nak tengok!

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Featured Fri, 29 Apr 2022
Trending Tue, 31 Aug 2021

Dirawat di Hospital Ampang, Aishah Positif Covid-19

Penyanyi Aishah, 56, atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin disahkan positif Covid-19 semalam. Kini dirawat di Hospital Ampang, Aishah mula mengalami gejala seperti demam panas dan semput. Selepas menjalani ujian saringan Covid-19, Aishah disahkan […]

Featured Wed, 23 Nov 2022