Trending By: SGMS Enal December 17, 2018 @ 10:00am

Muka Saya Hilang Kerana Kebakaran, Boleh Tak Awak Bagi Saya Muka Baru?

Kanak-kanak sememangnya memiliki jiwa yang polos dan suci. Begitulah juga seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang kehilangan wajah akibat kebakaran rumahnya ketika masih bayi, menulis surat kepada Santa Claus meminta diberikan muka baru sebagai hadiah Krismas. Ternyata surat tersebut mengundang air mata ramai!

Bakhtiyer Sindrov mengalami kecederaan serius apabila rumah keluarganya di sebuah kampung di Uzbekistan ketika dia masih bayi musnah dalam kebakaran, lima tahun lalu. Dia ketika itu sedang tidur di katil bayi.

Masih belum pandai menulis, Bakhtiyer yang kini tinggal di Kazakhstan meminta ayahnya untuk menulis luahan isi hatinya itu dengan berkata :

“Helo Santa Claus! Saya terbakar ketika masih kecil. Muka saya hilang akibat kebakaran, dan sejak itu saya terpaksa menyorok daripada orang lain kerana mereka takut pada saya.

“Santa Claus, tolong beri saya muka baru ya, saya tak akan menangis lagi dalam hidup ini. Saya hanya mahu jadi seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Surat itu kemudiannya dihantar ke sebuah badan kebajikan di situ. Difahamkan, pada tahun lepas Bakhtiyer telah menerima rawatan perubatan di sebuah klinik di India untuk membentuk semula mulut, gigi dan alis matanya. Pada bulan ini, kulit badan akan digunakan bagi menggantikan kulit yang terbakar di wajahnya.

Selama beberapa tahun, kanak-kanak malang ini menderita dengan tidak mampu membuka mulut dan hanya makan mnggunakan tiub.

Rakan keluarganya, Olga Ryabeva berkata: “Kejadian berlaku ketika dia masih terlalu kecil. Wajah, kepala, leher dan tengkuknya semua terbakar. Memang dia seolah-olah cair hidup-hidup.”

Sumber : Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Thu, 8 Dec 2022
Hiburan Mon, 7 Aug 2023

Tidak Diberi Tawaran Berlakon, Lisdawati Terpaksa Bergolok Gadai – “Sebab Saya Pakai Tudung Ke?”

Allahu sampai macam tu sekali.. InsyaAllah pasti ada pelangi selepas hujan kan 💪🏼