Trending By: Padin April 11, 2021 @ 1:56am

Muncul Dengan Single Baharu, Anuar Zain Gamit Sanubari Menerusi ‘Sendiri’

Penyanyi popular, Anuar Zain kini tampil mengubat kerinduan dengan single baharu, Sendiri.

Bekerjasama dengan komposer tersohor, Farouk Roman, dan penyanyi meningkat naik, Aisha Retno selaku penulis lirik, magis jelas tercipta dalam Sendiri.

Gabungan nama senior dan generasi baharu itu tidak dinafikan menjadi kelebihan nyata untuk karya ini.

Menurut Anuar, keaslian dan keikhlasan luhur Farouk dan Aisha dalam karya ini amat dia kagumi.

“Kekuatan lagu ini adalah pada melodi dan liriknya yang ringkas serta mudah berhubung kait. Secara keseluruhannya lagu ini sangat baik dan bahagian yang paling saya suka adalah pra-korusnya.

“Selepas mendengarnya sekali, saya sungguh tertarik dengan lagu ini. Kali kedua mendengarnya pula, melodi dan liriknya terus melekat di hati saya. Lagu Sendiri adalah amat tepat dengan jiwa saya.

“Karya Farouk dan Aisha datang dari dalam sanubari mereka dan inginkan sesuatu yang berkualiti. Sekali gus dapat memberikan halwa telinga yang baik buat penggemar muzik tanah air,” katanya.

Lama tidak ke studio rakaman, pastinya menarik untuk mendengar pengalaman Anuar terbabit dalam penghasilan Sendiri.

Sudah pasti, kerinduan yang bersarang di hatinya terubat kini, namun bagaimana pula berkongsi ruang dengan pengkarya muzik baharu terbabit?

Ternyata, Anuar menikmati keseluruhan sesi dengan begitu seronok dan teruja.

“Sesi rakaman berjalan dengan santai dan sangat menyeronokkan. Kami berkerjasama didalam keadaan yang harmoni. Kami bertukar-tukar pandangan mengenai bagaimana lagu ini harus disampaikan sebaiknya produser vokal, Afif Tirmizie, Farouk Roman, dan Aisha Retno.

“Masing- masing begitu prihatin bagaimana lagu Sendiri harus disampaikan sebaiknya. Berpeluang mengenali hati budi masing-masing sewaktu rehat, tanpa disedari, kami sudah berborak selama lebih tiga jam.

“Banyak perkara dan pengalaman yang dikongsikan antara kami. Mengenai muzik, kehidupan, harapan, dan bermacam topik lain. Proses rakaman ini sangat menyeronokkan dan saya teruja dengan setiap saat kami luangkan,” katanya.

Sendiri boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] Rakyat Indonesia ‘Claim’ Asal Usul Silat, Ini Reaksi Yayan Ruhian

Bagusnya aktor aksi hebat Yayan Ruhian ni, tak ada membezakan dua buah negara 🤩 Padu nasihatnya pada semua. Jangan bandingkan ok!

Trending Fri, 14 Dec 2018

Hanya Kerana Makan Semangkuk Kari Ayam

Mimpi Ngeri, Hanya Kerana Makan Semangkuk Kari Ayam Lelaki Ini Lumpuh Seluruh Badan

Trending Thu, 15 Apr 2021
Featured Fri, 24 Mar 2023
Trending Thu, 6 Sep 2018

Barisan Bintang Hantu Kak Limah Bakal Bergelar Orang Kaya, Andy Lau Beri Bonus!

Barisan pelakon dan krew produksi Hantu Kak Limah akan menerima bonus daripada syarikat penerbitan Infinitus Gold dan Astro Shaw.

Trending Fri, 31 Aug 2018

12星座在《延禧攻略》能活到第几集?

电视剧《延禧攻略》虽然大结局不过堪称宫斗经典,领盒饭匆匆下线的妃子也不在少数,那么12星座在其中又能活到第几集呢?

Events Thu, 21 Apr 2022

Empat Peguam Pemerhati TMJ Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan #JusticeForBella

Selepas perbincangan diantara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Selasa, hari ini Mahkamah Sesyen telah membenarkan

Featured Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Wed, 1 Sep 2021

31 Anak Seni Bangkit Bersatu Dalam Kempen #RISEandUNITE

#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa

| Live TV