Featured By: Fatin Nurain April 14, 2022 @ 2:35pm

“Mungkin Dah Tiba Masanya…” – Daiyan Trisha Doa Dipertemukan Jodoh Di Jabal Rahmah

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha yang sedang menunaikan ibadah umrah berdoa agar dipertemukan jodoh di Jabal Rahmah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Daiyan memuat naik foto dirinya di Jabal Rahmah yang menjadi tempat pertemuan Nabi Adam dan isteri, Siti Hawa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Dalam pada itu, Daiyan turut meluahkan rasa sebak dapat menunaikan umrah di bulan Ramadan yang mulia ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Daiyan menceritakan saat terdetik dihatinya untuk menunaikan umrah bersama keluarga.

“Saya tahu dalam hati saya bahawa saya akan melawat Rumah-Nya suatu hari nanti, tetapi saya tidak pernah merasa dijemput. Mungkin apabila saya sudah besar sedikit, saya rasa saya akan bersedia, fikir saya.

“Sehingga satu petang Ahad itu, pada pertengahan Februari. I texted mummy, “Jom pergi umrah puasa”. Saya tidak tahu dari mana ia datang. Saya lebih tua sedikit tetapi sudah tentu tidak hampir bersedia,” tulis Daiyan.

Menurut Daiyan, dia tidak pernah menyangka akan menunaikan umrah pertamanya pada bulan Ramadan.

Malah, segala urusannya turut dipermudahkan.

“Tetapi saya tidak pernah menyangka bahawa kali pertama saya akan berada di bulan Ramadan, ketika ini. Saya tidak pernah tahu bahawa saya bertuah ini. Allah menjadikan prosesnya begitu lancar dan mudah,” jelasnya.

Dalam perkongsian itu juga, Daiyan turut berkongsi foto luahan hatinya yang ditulis sendiri yang menyatakan rasa sebaknya apabila merasakan kasih sayang-Nya yang melimpah.

“Saya merasakan kasih sayang-Nya melimpah. Ia adalah nyata dan ia membuatkan saya terfikir tentang perjalanan saya setiap hari sehingga akhirnya tarikh berlepas. Saya sangat gementar dan teruja dan cemas dan terharu.

“Tetapi semuanya dalam cara yang terbaik. Kini saya di sini, segala yang saya rasakan berlipat ganda,” ucapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tempat Tak Pernah Saya Pergi, Tetapi…” – Daiyan Trisha Ambil Peluang Tunai Umrah Bersama Keluarga 

Perkongsian Daiyan itu turut menyentuh perasaan pengikutnya dan rakan-rakan artis yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 25 Apr 2021

Dia Bagiku Serlah Emosi Keperitan Cinta Tiga Segi

Dah lah cantik, suara pun sedap lahai…

Trending Mon, 25 Feb 2019

Isu sekumpulan babi dibakar secara kejam di Thailand! Siapa yang harus dipersalahkan?

Video rakaman yang berdurasi selama 3 minit  ini menunjukkan sekumpulan haiwan ini  dirodok dengan kejam oleh sebuah jentolak. 

Featured Wed, 2 Nov 2022
Trending Sat, 21 Dec 2019
Featured Tue, 27 Nov 2018
Hiburan Fri, 10 Dec 2021

Gmie Screen Meninggal Dunia

Vokalis kumpulan Screen, Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim, 51, meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi. Berita ini disampaikan oleh kumpulan rock 90-an, Lestari menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi […]