Categories: Trending

Murid Sekolah Rendah Dikenalpasti Positif Covid-19

Terdapat satu kes positif Covid-19 membabitkan seorang murid sekolah rendah yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) pada Rabu.

Menurut Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, sampel daripada semua rakan sekelas mahupun ahli keluarga pesakit telahpun diambil.

Malah, kesemua kontak rapat juga telahpun diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin.

” Kita menasihatkan semua ibu bapa agar sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya ada sebarang simptom menunjukkan Covid-19″

Sabah rekod 3 kes baharu positif Covid-19

Terdahulu, Dr Christina memaklumkan Sabah merekodkan tiga kes baharu positif Covid-19 semalam iaitu masing-masing satu kes di Lahad Datu, Papar dan Penampang .

Ini menjadikan jumlah kes sebanyak 392 kes Covid-19 di  negeri Sabah sahaja. Kes ke-390 dan 391 turut dikategorikan sebagai jangkitan tempatan manakala kes ke-392 adalah merupakan kes import.

Dr Christina menyatakan pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian sekali gus menjadikan kumulatif ujian bagi keseluruhan negeri adalah 144,820 setakat 27 Julai lalu

Salma Syahbuddin