Trending By: Salma Syahbuddin November 19, 2020 @ 11:53am

Muslim Pro TIDAK Menjual Data Kepada Tentera AS

Beberapa hari lepas, tular di media sosial yang mengatakan aplikasi Muslim Pro telah menjual maklumat peribadi pengguna kepada tentera Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Muslim Pro, berita yang tersebar dan viral itu sama sekali tidak benar.

Perkara ini dianggap sangat serius dan pihak Muslim Pro menegaskan bahawa mereka komited untuk melindungi privasi pengguna.

“Kami memilih rakan teknologi yang terkemuka untuk memastikan data kami selamat dan terjamin. Kami juga bersikap terbuka dan telus terhadap semua maklumat peribadi yang kami kumpulkan”

Muslim Pro lancarkan siasatan dalaman

Ketua Komuniti Muslim Pro, Zahariah Jupary memaklukan, syarikat pembangun aplikasi berkenaan sudah melancarkan siasatan dalaman dan menilai semula polisi pengurusan data untuk memastikan maklumat peribadi pengguna diuruskan dengan sewajarnya.

Terdahulu, Vice sebelum ini melaporkan bahawa tentera AS telah membeli data Muslim Pro melalui pihak ketiga iaitu broker data yang dikenali sebagai X-Mode. Broker data ini adalah pihak yang mengumpul dan membeli data daripada pelbagai syarikat.

Sumber : Google

Maklumat yang dibeli termasuklah lokasi pengguna dan nama jaringan Wifi yang digunakan pengguna, masa dan maklumat mengenai model telefon bimbit yang terdapat aplikasi tertentu.

Tambahnya lagi, Muslim Pro bekerjasama dengan X-Mode sejak empat minggu lalu, tetapi sudah membatalkan sebarang hubungan dengan syarikat itu dan semua rakan datanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran mengenai bentuk hubungan antara Bitsmedia dan X-Mode.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia

Sumber : Google

Bagi umat Islam yang mahu aplikasi seumpama Muslim Pro, anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima Digital. 

Selain sebagai aplikasi peringatan waktu solat, ia turut mempunyai fungsi tambahan yang lain seperti panduan waktu solat, koleksi doa-doa, bacaan al-Quran, lokasi masjid atau surau berhampiran pengguna. 

Jadi, anda boleh lah memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di laman sesawang HUAWEIApple dan Google sekarang!

Sumber : Harian Metro, Vice

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Aug 2022
Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Featured Tue, 31 Jan 2023
Featured Tue, 30 Aug 2022

Tular Foto Nampak L*rah, Netizen Dakwa Eyka Farhana Makin Berani

Uishhh, lain betul penampilan Eyka Farhana ni ek? Orang kata memang berani mati lah sampai dedah…..🤭

Trending Sun, 6 Jan 2019

Yang di-Pertuan Agong Letak Jawatan

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Trending Wed, 18 Mar 2020
Featured Thu, 24 Nov 2022

Tuduhan Berjaya Dibuktikan, Siti Bainun Menangis Perlu Bela Diri

Semoga keadilan berpihak pada yang benar!

Trending Mon, 15 Jan 2018

Kes ‘Van Putih’ Hanya Rekaan Pelajar

Kes ‘Van Putih’ kini ligat mencari mangsa culik di kalangan kanak-kanak menggemparkan rakyat Malaysia dimana ibu bapa masing-masing mula ketakutan tentang keselamatan anak-anak

error: Content is protected !!