Trending By: Salma Syahbuddin December 16, 2020 @ 12:22pm

Mutasi Baharu Covid-19 Kini Dikesan

Menurut Agensi Kesihatan Awam England (PHE) pihaknya telah mengesan mutasi baharu virus Covid-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01.

Menurut laman sesawang kerajaan United Kingdom, mutasi baharu itu dikesan menjangkiti 1,108 individu di England setakat 13 Disember lalu.

Lebih mudah berjangkit

PHE juga memaklumkan mutasi baharu itu boleh menyebabkan virus berkenaan lebih mudah berjangkit antara individu.

Bagaimanapun, belum ada sebarang bukti menunjukkan mutasi baharu itu menyebabkan penyakit dialami lebih teruk dan memberi kesan pada tindak balas antibodi atau keberkesanan vaksin.

“Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada mutasi ini yang bertanggungjawab menyebabkan peningkatan jumlah kes. PHE akan memantau impaknya dalam beberapa hari dan minggu akan datang”

Perkara ini juga turut mendapat perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, Penasihat Perubatan Bersama PHE, Dr Susan Hopkins, berkata pihaknya perlu mengesan perubahan pada strain virus Covid-19 dengan pantas supaya dapat memahami kemungkinan risiko baharu terhadap orang ramai.

Sumber : BH, Facebook KKM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 Jan 2023

Money Matters Kini Kembali Dengan Musim Baharu, Kupas Isu Ekonomi & Perdagangan

Kini kembali dengan musim baharu, Money Matters dihoskan oleh empat orang yang berpengalaman dan berkaliber iaitu Zahir Kelvin Ong Abdullah, Azaria Tagaya, Muhammad Ahmad Hamdan dan Anita Woo dalam membincangkan mengenai topik-topik menarik. Rancangan bual […]

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Featured Thu, 27 Oct 2022
Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023
Trending Fri, 27 Dec 2019

Mandi Seminggu Sekali Rahsia Kekal Cantik, Nampak Muda

Ini pendedahan dari pereka fesyen

Featured Thu, 18 May 2023