Penantian para peminat selebriti popular, Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila pasangan pujaan ramai itu mendedahkan wajah anak buat pertama kalinya.
Menerusi kemaskini terbaharu di laman Instagram @fattzuralovelife, pasangan ini memuat naik video bayi perempuan yang dirakam dari bahagian atas.
Dilahirkan pada 2 Oktober lalu, Fazura dan Fattah sepakat memilih nama Nur Fatima Aisya untuk diberikan kepada anak mereka.
Video yang dimuat naik itu kini mendapat 68,000 tontonan.
Ruangan komen video tersebut turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat Fattzura.
Peminat juga teruja apabila pasangan ini memilih nama klasik untuk diberikan kepada permata hati mereka.
Kami di Xtra mengucapkan tahniah buat kedua pasangan selebriti ini atas kehadiran puteri sulung.
Semoga Nur Fatima terus menjadi penyejuk hati buat kedua orang tuanya❤️