Trending By: SGMS Enal July 8, 2019 @ 10:02am

Myokymia Boleh Ganggu Tumbesaran

Penyakit Myokymia yang kini dihidapi oleh Irfan Wafiy Idham Wazir, 12,  boleh mengganggu tumbesaran murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang itu jika tidak mendapat rawatan sewajarnya, kata seorang pakar perubatan.

Menjelaskan mengenai penyakit Myokymia, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Omar berkata gangguan tumbesaran adalah antara kesan jangka masa panjang selain gangguan emosi kepada kanak-kanak itu disebabkan ketidakupayaan yang dialami ekoran gangguan saraf.

“Penyakit Myokymia bukanlan satu penyakit baharu di negara ini, ia merupakan istilah perubatan untuk penyakit berkaitan gangguan saraf sama ada saraf pusat mahupun saraf lain yang menyebabkan pergerakan otot berlaku tanpa kawalan.

“Contohnya kita mungkin pernah mengalami masalah mata atau otot mula bergerak-gerak atau menggeletar, ini juga boleh dikatakan sebagai penyakit Myokymia disebabkan gangguan sistem dalam otak,” katanya ketika dihubungi 

Dr Zainal berkata ia juga boleh berlaku kepada anggota badan yang lain termasuk kaki dan tangan, bergantung kepada punca gangguan saraf.

Dr Zainal, yang juga merupakan bekas Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, berkata mengikut jurnal perubatan terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit Myokymia itu berlaku antaranya ketumbuhan di otak atau saraf-saraf lain selain masalah pengambilan kafein yang berlebihan.

Mengenai kes melibatkan Irfan Wafiy, pakar perubatan itu berkata: “Ia memerlukan ketelitian pakar sepenuhnya untuk melihat sama ada gangguan saraf itu berlaku setempat atau di beberapa tempat pada anggota badan yang lain.

“Ujian darah juga perlu dilakukan untuk melihat jika ada keracunan toksik selain ujian MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), CT Scan (pengimbasan tomografi berkomputer), katanya.

Pakar di Hospital Sultan Ismail sebelum ini dilaporkan telah melakukan pelbagai prosedur termasuk MRI bagi mengenal pasti punca kaki murid Tahun Enam itu menggeletar sebelum dia disahkan positif mengalami penyakit Myokymia setelah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Sumber : Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Feb 2021
Events Wed, 9 Mar 2022
Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Trending Tue, 27 Apr 2021

Terus Diberi Peluang Galas Watak Hero, Aaron Aziz Luah Rasa Syukur

Biarpun dunia seni dimeriahkan dengan kemunculan ramai bakat muda, pelakon Datuk Aaron Aziz, 45, bersyukur dirinya masih dihujani tawaran berlakon drama dengan memegang watak hero. Terbaharu, Aaron bakal muncul dalam drama Imam Ku Lelaki Pendosa […]

Hiburan Mon, 26 Jun 2023

“Saya Serious” – Kasih Iris Leona Cari Boyfriend, Tapi Ramai Pula Wanita Nak Cuba?

Ehhhh, ghisau! 🤣 Leona cari boyfriend tu guys boleh la cuba apply 😜

Featured Tue, 27 Dec 2022
Trending Tue, 15 May 2018

露营远离人造光快速调生理时钟「灯」使人越来越晚睡

近几年来露营活动盛行,它除了能亲近大自然外,还能快速调节生理时钟,减少身体对人工光线的影响。