Categories: Trending

Nabila Huda Dedah Terdapat Parut Pada Paru-Paru Akibat Covid-19

Beberapa minggu lalu, Nabila Huda telah membuat pendedahan bahawa dirinya mengalami pelupa dengan setiap perkara yang dilakukannya.

Nabila atau lebih gemar disapa Abil, juga risau akan kerjaya seninya sekiranya masalah tersebut akan menjejaskan aktiviti lakonannya terutama dalam menghafal skrip.

Terbaharu, tampil muncul di dalam rancangan Wanita Hari Ini, Abil mendedahkan bagaimana dirinya mengalami masalah pelupa.

“Abil rasa yang Abil mula lupa tu sejak Abil baca skrip. Abil macam rasa eh kenapa Abil kena baca skrip ni lebih daripada sepuluh kali.

“Benda ni adalah perkara luar biasa. Selalunya, I baca skrip sekali dua, sekali pandang, I dah tahu dah apa nak buat.

“I ingat benda tu adalah disebabkan faktor umur, I dah beranak, I pun tak pasti. Dan bila I upload di Instagram ada orang beritahu itu adalah brain fog (kabut otak). Tapi I tak tahu benda tu sahih ke tak,” jelasnya.

Disoal mengenai apa yang dilakukan Abil ketika menghadapi masalah tersebut, Abil tampil memberi jawapan.

“Saya ada buat kajian, tentang macam mana nak pulihkan atau ambil suplemen yang ada, dan saya terfikir suplemen tidak berapa bagus untuk badan I. Dan I sedar i bukan jenis ambil suplemen.

“I just amalkan buah kurma, air zam zam, buah tin, buah zaitun buat masa ini. 

“Beberapa hari lepas, I baru buat pemeriksaan kesihatan penuh. I periksa imbasan CT dan dekat paru-paru I ada parut dan dimana parut itu tak dapat dipulihkan. Takde ubat pun untuk kita pulihkan parut tu,” jelasnya lagi.

Abil juga tidak mengharap akan pulih sepenuhnya dan sudah menerima kenyataan dengan mengamalkan permakanan berunsur organik.

Artikel Berkaitan: “Dengar Macam Kelakar, Tapi Saya Serius” – Mudah Lupa, Nabila Huda Minta Tip Netizen Pulihkan Ingatan

Sumber: Wanita Hari Ini

Khairil Khusyairi