Kalau tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya korang beraya ala single and available tetapi buat pasangan yang baru berkahwin tahun ni, tahniah! merasa la korang untuk beraya berdua ya, berdua lebih baik gitu. Kali pertama beraya bersama pasangan pastinya masing-masing teruja kan. Eh, tapi sebelum korang gaduh siapa nak balik kampung siapa, jom kita tengok 5 tips hari raya buat pasangan yang baru kahwin!
- Undi giliran balik kampung Kalau dulu hidup membujang, masalah siapa balik kampung siapa memang tak pernah wujud tapi dah hidup berdua mesti la kena ada giliran balik kampung setiap tahun kan? Korang jangan pulak perang dingin nak tentukan giliran nak balik kampung siapa. Bila dah berkahwin, kena lah adil. So tahun ni, kalau giliran raya di rumah suami jangan pulak korong mogok di pagi raya. Waktu ini lah korang nak berkenalan dengan ahli keluarga suami, ziarah menziarahi dan mengeratkan silaturrahim. Yang penting, beraya bersama pasangan lebih bermakna.
2. Tema baju raya wajib sedondon
Dah menjadi tradisi untuk pasangan suami isteri berbaju sedondon di hari raya, baru lah nampak sepadan secocok. Takkan si isteri berbaju kuning, si suami berbaju merah. Nanti tak pasal-pasal mak cik-makcik bawang kat kampung ingat korang bergaduh. Bila tibanya hari raya, tema baju raya wajib sedondon tau barulah nampak hubungan kekeluargaan harmoni gitew.
3. Bantu buat persiapan hari raya
Bila raya berdua tanggungjawab semakin banyak. Ha..buat si suami wajib tolong si isteri membuat persiapan hari raya. Shopping baju raya,tukar langsir, beli perabot, shopping barang runcit, cat rumah dan sebagainya lah! Takkan lah korang nak biarkan si isteri buat semua kerja. Si suami harus ringan tulang jugak membantu si isteri sediakan juadah makanan raya. Tak adelah si isteri ni kepenatan buat semuanya seorang diri. Give and take dalam rumah tangga kan penting.
4. Memandu secara berhemah
Pada musim hari raya ni kita selalu dengar kes kemalangan maut yang melibatkan kecuaian pemandu. Jadi, untuk pasangan suami isteri yang pulang beraya ke kampung tu korang kena lah bergilir-gilir memandu kereta. Ha, kalau korang nampak suami korang tu dah layu mata memandu berjam jam cepat-cepat tukar pemandu tau. Keselamatan menjadi keutamaan, ingatlah orang tersayang.
5. Bergaul dengan sanak saudara pasangan masing-masing
Buat si suami yang baru beraya di kampung isteri, korang jangan 24 jam je dengan media sosial. Nanti apa pula kata sanak saudara dan kaum keluarga. Bergaul dan beramah mesra la dengan saudara sebelah isteri, buat si isteri pun sama. Kalau korang beraya di kampung halaman suami, korang kenalah tegur dan beramah mesra dengan keluarga suami. Barulah dapat label menantu mithali.
Selamat Hari Raya dari kami team Xtra. Salam setulus ikhlas!