Trending By: tex_admin May 1, 2018 @ 10:00am

Nak Makan Ais Krim Tapi Tergigit Ekor Tikus Pula! Euwww Gelinya!

Baru-baru ini seorang wanita yang tinggal di bandar Jiangsu Huaian, China telah tergigit ekor tikus ketika dia sedang menikmati ais krim kegemarannya. Menurut laporan Shanghaiist, wanita yang dikenali sebagai Yang Xinru berkata, dia menggigit ais krim tersebut dengan beberapa kali dan mendapati terdapat bendasing ‘berbulu’ di dalamnya. 

Pada mulanya, Yang Xinru menyangka objek tersebut adalah ulat bulu, tetapi dia telah meminta rakannya datang untuk memeriksa benda asing tersebut. Mereka cuba untuk menarik keluar objek tersebut, namun gagal kerana ia melekat terlalu kuat. Tapi, selepas membuat pemerhatian, mereka mendapati ianya adalah ekor tikus!

Foto: Mynewshub

Berikutan kejadian itu, Yang Xinru telah meminta pampasan sebannyak 50,000 yuan (RM30,943.05)  daripada pihak pasar raya di mana tempat dia membeli ais krim tersebut atas alasan tergigit ekor tikus.

“Gila…saya hampir tertelan seekor tikus. Ini bukan perkara main-main yang boleh diselesaikan dengan jumlah ganti rugi yang sedikit,” kata Yang Xinru.

Malangnya, dia dimaklumkan bahawa dia hanya layak untuk menuntut pampasan sebanyak 1,000 yuan (RM618.86) sahaja.

Kalau anda macam mana? Mesti akan termuntah kan? Penulis terus rasa loya nak makan ais krim lepas tengok gambar ekor tikus ini. Harapnya insiden seperti ini tidak berlaku di Malaysia. Serius boleh muntah!

Sumber: Mynewshub

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 29 May 2022
Featured Thu, 22 Apr 2021

Wajib Tutup Sekolah 2 Hari Jika Ada 1 Kes COVID-19 – KPM

Sekolah yang mempunyai satu kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari. Keputusan itu berkuat kuasa pada Rabu. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, pelajar yang terjejas dengan penutupan sekolah berkenaan akan beralih […]

Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Featured Tue, 25 Apr 2023
Trending Mon, 24 Sep 2018
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Trending Wed, 29 Apr 2020
Featured Tue, 8 Nov 2022
error: Content is protected !!