Trending By: Salma Syahbuddin March 1, 2021 @ 2:45pm

“Nanti Lepas Kahwin Pun Please Macam Ni…” Risteena Bagi ‘Hint’ Bakal Kahwin Mac Ini

Pelakon dan juga kakak kepada Ruhaines ini, Risteena memberi bayangan kepada semua peminatnya bahawa beliau akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsi oleh Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, menerusi muat naik di laman instagram miliknya.

Video tersebut menunjukkan beliau sedang berada di sebuah salon sambil ditemani kekasih hati yang juga pelakon, Isa Khan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

 

Memetik laporan Berita Harian, Risteena memaklumkan persiapan untuk hari bahagia beliau hampir siap sepenuhnya dan majlis akan berlangsung pada pertengahan bulan ini.

“Tarikh tepat kami akan kongsi sedikit masa lagi,”katanya.

 

Terdahulu, Risteena dan Isa Khan mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 selepas lima bulan berkenalan menerusi sebuah penggambaran drama.

 

Wah, apapun tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Mar 2021
Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Wed, 21 Sep 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Fri, 10 Mar 2023