Trending By: Attiqah Mohd July 8, 2019 @ 6:39pm

Kes Pelajar UPNM Didera, Diseterika Dan Dibunuh Bakal Diketahui 31 Julai Ini

Kes kematian  melibatkan seorang penuntut UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) Zulfarhan Osman yang meninggal dunia akibat tindakan sadis dan perbuatan kejam rakan-rakannya yang  membuli mangsa dengan menggunakan seterika berwap dua tahun bakal berakhir dengan keputusan perbicaraan pada 31 Julai ini.

Tarikh keputusan perbicaraan dimaklumkan oleh Hakim Datuk Azman Abdullah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan di hadapannya.

90 Tekapan Seterika Ke Atas Badan Zulfarhan
Menurut Harian Metro,Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim yang ditemui media ketika prosiding mahkamah memberikan kenyataan mengenai pihak pendakwaan kejadian itu, dikatakan terdapat 90 tekapan seterika wap di badan Zulfarhan.
 “Berdasarkan laporan pakar patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Salmah Arshad  iaitu saksi keenam pendakwaan, dalam keterangannya memberitahu perbuatan menekap seterika wap pada anggota badan mangsa menyebabkan kecederaan teruk”.
 
“Tekapan itu menyebabkan 80 peratus kesan melecur dan sejumlah 90 tekapan ditemui ketika melakukan bedah siasat,” katanya.
 
Saksi Lakon Semula Babak Diikat Tangan Dan Kaki Dengan Tali Pinggang Taekwondo
Ahmad Senabil Mohamad, 22 tahun penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) melakonkan semula adegan penderaan kejam itu. Zulfarhan Osman dipercayai berada dalam keadaan menggelupur dan meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.

Bapa Muhammad Najib Ugut Untuk Manipulasi Kenyataan

Ahmad Senabil turut melaporkan bahawa bapa kepada salah seorang suspek iaitu Muhammad Najib telah mengugut saksi untuk memanipulasi kenyataan dan kejadian sebenar.

Suspek utama kes zulfarhan osman

 
Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 18 Oct 2022
Trending Wed, 21 Jul 2021

Suntikan ‘Picagari Kosong’, Ini Penjelasan KKM

Lepasni, before suntik korang check dulu okay

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Trending Tue, 2 Nov 2021

Rosakkan Pintu Van Dengan Kayu Besbol & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu pada April, pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam. Majistret S. Mageswary turut […]