Trending By: tex_admin September 25, 2018 @ 10:00am

Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) Sejenis Kanser Hidung Paling Lazim Dihidapi Kaum Cina Malaysia

Tahukah anda bahawa Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) sejenis kanser hidung yang paling lazim dihidapi dalam kalangan kaum Cina Malaysia?

Menurut Perunding Telinga Hidung dan Tekak (ENT) yang juga Pakar Bedah Kepala dan Leher Hospital Pantai Ipoh, Dr Rekha Balachandran, kaum Cina adalah yang paling lazim hidapi NPC, diikuti Melayu dan India. Selain itu, kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC ini.

“Keturunan, gaya hidup dan jangkitan virus Epstein-Barr (EBV) adalah faktor yang menyebabkan kanser. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai anggota keluarga rapat yang menghidap NPC juga akan meningkatkan lagi risiko menghidap penyakit itu.

“Pengambilan makanan yang diawet seperti sayur-sayuran berjeruk dan ikan kering turut menyumbang kepada masalah ini,” katanya kepada Bernama.

Foto: The Malaysian Medical Gazette

Untuk pengetahuan anda, kanser NPC ini bermula di nasofarinks iaitu bahagian atas tekak di belakang hidung dan berhampiran pangkal tengkorak. Antara simpton awal kanser jenis ini adalah:

  • Bengkak di bahagian leher yang tidak menyakitkan. (Sila rujuk doktor sekiranya benjolan lebih dari 3 minggu)
  • Berlaku pendarahan di bahagian hidung. Apabila anda menghembuskan hidung secara berterusan, darah mula keluar.
  • Hidung kerap tersumbat.
  • Kurang pendengaran terutamanya sebelah telinga sahaja.

Menurut Dr. Rekha lagi, NPC adalah kanser yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal. Tapi, penghidap NPC biasanya sukar untuk didiagnosis lebih awal kerana simptomnya agak lemah kerana tidak menyakitkan.

Sekiranya, individu menghidap NPC ini, peringkat 1 dan 2 kadar survivalnya adalah 80 hingga 85 peratus. Beberapa pesakit NPC mampu bertahan lebih dari 5 tahun, 10 dan 20 tahun selagi penyakit ini dapat dikesan sebelum tumor merebak dan membesar.

Kepada anda, dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan atau menghapuskan beberapa jenis makanan yang boleh menurunkan risiko NPC ini. Amalkan diet yang seimbang, makan lebih banyak sayur-sayuran segar, buah-buahan serta elakkan makanan yang diawet.

Berikutan dengan penyakit ini, baru-baru ini, pemain badminton nombor 1 negara Datuk Lee Chong Wei telah didiagnosis dengan kanser hidung peringkat awal. Berita ini memang mengejutkan negara kita. 

Foto: Sinar FM

Chong Wei kini berada di Taiwan untuk menjalani rawatan sambil berehat dan memulihkan diri yang ditemani oleh anggota keluarga dan rakan rapatnya. Hijab & Heels mendoakan agar Chong Wei cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa!

Sama-samalah kita menjaga kesihatan dan amalkan pemakanan yang sihat!

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 7 Mar 2021

Permohonan Baru i-Sinar Dibuka Hari Ini, Cara Buat Permohonan Baru

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah 55 tahun yang belum pernah memohon kemudahan i-Sinar, boleh membuat permohonan baharu bermula hari ini. Menerusi Facebook rasmi KWSP, kemas kini terkini sistem i-Sinar juga membolehkan ahli […]

Featured Sat, 3 Dec 2022
Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan

Trending Tue, 23 Jan 2018

Benarkah Laptop Ganggu Kesuburan?

Pernahkah anda mendengar bahawa laptop mampu menganggu kesuburan seseorang? Benarkah fakta ini atau ia hanya mitos semata-mata? Terdapat segelintir berpendapat bahawa haba daripada laptop boleh menjejaskan kesuburan dengan merosakkan telur wanita dan sperma lelaki.

Featured Mon, 28 Aug 2023
Featured Sat, 16 Apr 2022

Impian Rayi Putra Lancar Single Baru ‘MATAMATA’ Berkonsep Menari Tercapai!

Selepas menyanyi dan rap, penyanyi kelahiran Indonesia ini nak cuba menari pula! Fuhhhh

Trending Sat, 13 Jul 2019

Sanggup Menyorok 3 Jam Atas Bumbung Kerana Takut Berkhatan

“Cuma 10 minit diperlukan untuk berkhatan, tetapi menunggunya, tiga jam.”

Featured Fri, 20 Jan 2023
Trending Wed, 3 Mar 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

Bayaran telah dibuat bermula semalam, ahli yang tidak layak masih boleh mencuba!

error: Content is protected !!