Semalam, kecoh dilaman sosial berkenaan dakwaan pengacara popular, Neelofa bakal menamatkan zaman solo dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz pada hujung minggu ini
Timbul spekulasi sehingga ada yang mendakwa turut melihat kelibat PU Riz sedang memilih kain songket untuk dipakai pada majlis pernikahannya dengan usahawan dan pengacara popular itu di laman sosial.
Bagaimanapun, kedua-belah pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa, PU Riz Dikhabarkan Bakal Berkahwin Hujung Minggu Ini?
Namun, memetik laporan Awani, Neelofa bakal disatukan bersama jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pendakwah terbabit pada Sabtu ini dalam acara tertutup di sebuah hotel bertaraf lima bintang yang akan dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat karib kedua-dua pasangan ini.
Malah, acara berkenaan akan dijalankan dalam suasana norma baharu dan mengikut operasi standard (SOP).
“Insya-Allah majlis akan diadakan di sebuah hotel lima bintang sekitar KLCC. Segala persiapan sedang diadakan,”
Terdahulu, Neelofa dilihat memuat naik gambar berserta kapsyen berharap agar segala urusan beliau dipermudahkan pada Selasa.
View this post on Instagram
Apapun, seandaianya perkara ini betul dan sahih kita doakan segalanya dipermudahkan buat Neelofa dan juga PU Riz!