Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai pengarah bebas bukan eksekutif di Air Asia.
Menerusi maklumat daripada Bursa Malaysia, Air Asia menerima notis perletakan jawatan pada 17 Ogos lalu.
Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.
Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017.