Featured By: Atiqah Johari June 13, 2024 @ 5:38pm

Nekad Tamatkan Karier, Faisal Halim Kembali Semangat Lepas Diberi Jaminan Keselamatan – “Sanggup Hilang Gaji Puluh Ribu, Asalkan Saya & Keluarga Selamat”

Pemain bola sepak kebangsaan dan tonggak Selangor FC, Faisal Halim memaklumkan bahawa dia sanggup untuk kehilangan karier dan pendapatan puluhan ribu asalkan dirinya dan seluruh keluarga selamat.

Malah, memetik video temu bual Astro Awani, Faisal juga memberitahu bahawa dia turut bersedia untuk menukar kerjaya daripada pemain bola sepak ke kerja kampung demi memastikan insiden ngeri ini tidak berulang.

Namun begitu, Faisal atau mesra disapa Mickey menyatakan dia kembali bersemangat untuk meneruskan kariernya ini atas semangat dan jaminan keselamatan daripada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

“Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu untuk berhenti bermain bola, asalkan saya selamat, keluarga saya selamat.

“Tapi, apa yang semangat Datuk janjikan kepada saya, kepada keluarga saya… ‘Mickey, saya tahu awak mampu teruskan. Saya jaminkan keselamatan awak dan keluarga’, pada itulah saya mula bersemangat untuk bermain bola balik.

“Saya cakap kepada isteri saya, pada keluarga saya… ‘Saya tak kisah. Saya sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu. Saya nak balik kampung duduk tenang. Saya boleh bekerja walaupun sehari RM50 RM100, janji keluarga saya selamat.

‘Saya tak perlu hidup dalam ketakutan sebab apa yang berlaku kepada saya ini satu benda yang luar jangkaan dan saya memang tak boleh terima. Keluarga saya semua dalam ketakutan tapi apa yang semangat… orang ramai mendoakan saya membuatkan saya semangat untuk teruskan karier saya Insya-Allah,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Terdahulu, gempar di media sosial apabila berita Faisal disimbah asid oleh dua orang individu bermotosikal tular di parkir sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada awal Mei lalu.

Susulan itu, dia disahkan mengalami kelecuran tahap empat dan berada dalam keadaan kritikal serta perlu mengharungi empat pembedahan bagi merawat luka melecur itu di sebuah hospital di Shah Alam.

Artikel Berkaitan: Luka Masih Basah, Faisal Halim Perlu Jalani Rawatan Mingguan

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Mula Berjalan & Aktif, Terus Ceria Jadi ‘Dirinya Kembali’

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Selebriti Mon, 28 Aug 2023

Isu Puteri Sarah Masih ‘Diganggu’, Netizen Pula Bandingkan Dengan Abang Tesla

Masing-masing punya jalan cerita sendiri tak perlu dibandingkan kot 😌

Featured Wed, 25 Apr 2018

Tidak Hanya Indah Dipandang, Wangi Dicium. Bunga Juga Bermanfaat Untuk Kesihatan

Di Taiwan, makan kelopak bunga mawar yang dicelup dengan madu sudah menjadi amalan kerana kandungan fenolat yang bersifat anti radang selain kaya dengan vitamin bagi mengurangkan risiko barah, kencing manis dan sakit jantung.

Featured Tue, 9 May 2023
Trending Tue, 19 Dec 2017

Kongsi Resepi Rahsia Tom Yam Ala Thai Milik Arwah Neneknya

Resepi Rahsia Tom Yam Ala Thai . katanya resepi ini milik arwah neneknya gerenti sedap dan pasti nak tambah lagi .. Apa yang menariknya.. jom kita lihat resepi dan cara masaknya.. Kalau dah cuba nanti […]

Selebriti Wed, 12 Jul 2023