Trending By: SGMS Faida October 31, 2018 @ 10:53am

Nelayan Nampak Pesawat JT 610 Menjunam Ke Laut Sebelum Meletup

Dua nelayan yang berada di Tanjung Kerawang menjadi saksi apabila melihat pesawat Boeing 937 MAX Lion Air kelihatan terumbang-ambing, hampir mendatar dengan muncungnya agak menjunam ketika terhempas ke dalam laut.

Dalam pada itu, mereka juga mendengar letupan ketika muncung pesawat menjunam ke dalam laut sebelum kelihatan kepulan asap.

“Dari jauh saya nampak ia sudah condong (menjunam)” kata seorang nelayan terbabit, Gauk.

Berdasarkan rekod FlightRadar24, pesawat berkenaan terbang dalam keadaan tidak menentu dari Bali ke Jakarta pada malam sebelum hari kejadian.

Beberapa minit selepas berlepas dari Denpasar di Bali pada petang Ahad, pesawat berkenaan terbang pada ketinggian serta kelajuan tidak menentu.

Ia turut mencatatkan penurunan ketinggian mendadak sebanyak 266 meter dalam tempoh 27 saat ketika ia sepatutnya terbang menaik sebelum stabil dan meneruskan perjalanan ke Jakarta.

Juruterbang bagaimanapun mengekalkan ketinggian pesawat pada 8,534 meter berbanding 10,973 meter bagi penerbangan laluan yang sama sebelum ini.

Menurut Reuters, sumber juruterbang dan jurutera menyatakan, berdasarkan data FlightRadar24 bagi kedua-dua penerbangan, ia menunjukkan pesawat berkenaan menghadapi masalah dalam sistem ‘pitot’ statik iaitu alat membekalkan ukuran kelajuan dan ketinggian pesawat kepada komputer penerbangan.

Menurut data FlightRadar24, pesawat berkenaan menunjukkan masalah dua minit selepas berlepas dari Jakarta apabila ia mencapai ketinggian 610 meter.

Ia menurun lebih 150 meter dan condong ke kiri sebelum kembali mendaki ke 1,525 meter.

Pesawat kemudiannya terbang laju pada saat-saat terakhir sebelum terhempas mencapai kelajuan 345 knots (638 km/j) sebelum hilang dari radar pada ketinggian 1,112 meter. – Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Feb 2022

Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Isu yang membabitkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali akhirnya terjawab apabila keputusan kes saman fitnah yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey itu berpihak kepadanya. Memetik laporan Harian Metro, Hidayah ketika

Featured Sat, 29 Oct 2022

“Saya Tak Nak Bila Dah Tua Baru Nak Cari…” – DSV Mahu Cik B Cari Kekasih, Restu Anak Kahwin Muda

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) tidak kisah andai anak gadisnya ingin mencari kekasih memandangkan Cik B kini sudah genap 17 tahun. Memetik laporan mStar, usahawan terkenal itu merestui jika Cik B ingin berumah tangga

Trending Thu, 29 Apr 2021

Menyingkap Peristiwa Nuzul Al-Quran, Penurunan Al-Quran Dari Langit Ke Nabi Terakhir

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini

Trending Wed, 28 Feb 2018

超可爱「海象信箱」每天上演时装秀

相较于本地千篇一律的信箱,在国外可是有各式各样的信箱,更有不少屋主会把信箱当作是自己住宅的标志之一。日前就有美国网友分享邻居的「可爱海象信箱」,且会不定时换装,上演海象时装秀。

Featured Wed, 14 Sep 2022
Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Wed, 3 May 2023

Suami Fail Cerai Terhadap Madu, Miera Leyana Tampil Bersuara – “Kebenaran Akan Terbongkar, Jangan Fitnah!”

“Jangan nak gila glamour!” – Miera Leyana 🫣 Kebenaran apa yang kan terbongkar tu? 🫣🫣

Featured Fri, 4 Nov 2022

“Jangan Bertahan Untuk Dilukakan & Disakitkan” – Nasihat Makan Dalam Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli tular mengulas berkenaan hubungan persekitaran di dalam kehidupan seharian @iddinramliiBerangkat dari kedukaan.♬ original sound – fiaa Iddin memberitahu kepada warganet menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] Asyraf Khalid Beri Hadiah Kereta Tesla Pada Tya Arifin Sempena Anniversary Ke-7 Tahun!

Wahh, semoga terus dimurahkan rezeki buat pasangan bahagia ni 🤩❤️

| Live TV

error: Content is protected !!