Trending By: Yanie Baharom September 13, 2018 @ 2:30pm

Nenek Muda Berusia 50 Tahun Ini Bakal Melahirkan Kembar Empat!

Mempunyai tiga anak dan lapan cucu, kehidupan seorang nenek akan bertambah meriah dengan kehadiran bayi kembar empat yang bakal dilahirkannya tidak lama lagi.

Nenek berusia 50 tahun itu dan hanya mahu dikenali sebagai Tracey Britten, dijangka menjadi ibu kepada bayi kembar empat, yang paling tua di United Kingdom.

Menerusi ujian imbasan yang dilakukan, dia dijangka melahirkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki.

Dia sebelum ini melakukan rawatan persenyawaan tabung uji dengan bayaran £7,000 (RM37,821) sebelum mendapat berita gembira tersebut.

Foto: Daily Mail

Ujarnya, dia menggunakan wang yang diwarisi dari ibunya untuk melakukan rawatan berkenaan.

“Setiap tahun saya rasa macam nak dapatkan anak. Bila dah mencecah usia 50 tahun, saya teruskan sahaja hasrat itu,” katanya.

Malah, dia juga tidak mengendahkan sebilangan pihak yang mempertikaikan kemampuannya untuk hamil pada usia itu.

“Orang kata, saya dah jadi nenek tapi nak mengandung lagi. Jadi, apa masalahnya? Saya bukan yang pertama dan ini pastinya bukan kes terakhir.

Foto: Daily Mail

“Saya tak kelihatan seperti wanita berusia 50 tahun malah tak rasa tua pun. Orang boleh berkata apa sahaja tetapi mereka tidak tahu kisah saya.

“Mereka pastinya akan berubah fikiran selepas melihat empat bayi saya yang comel nanti,” katanya.

Dia yang kini enam bulan mengandung dijangka bersalin secara pembedahan tidak lama lagi.

Sumber: Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Foto Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Dakwa Shuib & Anak-Anak Keluar Makan Dengan Watie? – “Ada Pantulan Camerawoman Kat Belakang Tu”

Wowwwww family dinner ke ni? Dah kantoi kali keberapa ni? Hihi apapun min doakan yang terbaik saja untuk Shuib

Featured Mon, 6 Sep 2021

Selangor Benarkan 10 Waris Hadiri Pengebumian Jenazah COVID-19, Bukan Secara Berkumpulan

Kerajaan Selangor hari ini membenarkan seramai 10 waris memasuki tanah perkuburan dan berada di zon menunggu yang ditetapkan untuk proses pengebumian jenazah COVID-19 bukan secara berkumpulan di tanah perkuburan Islam seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) […]

Featured Thu, 15 Jul 2021

Bayaran RM500 One Off PEMERKASA Plus Dibayar Mulai…

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bayaran bagi penerima bantuan Pemerkasa Tambahan kategori servis pengangkutan awam akan dibayar bermula  27 Julai ini. Menerusi kenyataan yang dikemukakan oleh agensi itu, tarikh pembayaran dipinda daripada perancangan terdahulu […]

Featured Mon, 19 Sep 2022
Trending Mon, 26 Jul 2021
Trending Wed, 8 Jul 2020
Program TV Sat, 7 Oct 2023
Trending Wed, 23 Dec 2020