Trending By: tex_admin April 3, 2019 @ 9:58am

Netizen tersentuh Park Bo Gum mengalunkan lagu Belaian Jiwa semasa siri jelajah di Malaysia

Peminat drama Korea pasti mengenali susuk tampan Park Bo Gum yang cukup terkenal dengan bakat seni lakonannya.

Drama yang dibintanginya sering mendapat jumlah tayangan yang banyak dan disukai ramai.

Dia bukan sahaja mempunyai wajah yang menarik, malah mempunyai bakat lakonan dan nyanyian yang sangat bagus.

Tidak hairanlah jika dia mengadakan siri jelajah bagi menemui peminatnya di seluruh Asia.

Kuala Lumpur menjadi saksi pertemuan manis dengan peminat setianya pada 30 Mac lalu.

Kemuncak acara adalah apabila pelakon tinggi lampai ini menyanyikan lagu Belaian Jiwa yang dinyanyikan oleh Carefree tetapi dipopularkan kumpulan Innuendo yang cukup dikenali ramai pada 90-an.

Foto: Syok

Nyanyian Park yang menyentuh hati boleh ‘mencairkan’ sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Menariknya, dia menyanyikan lagu tersebut sambil bermain piano. Sudahlah mahir dalam seni lakonan dan nyanyian, bermain alat muzik juga boleh. Sungguh berbakat!

“Malaysia mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Sokongan dan perasaan sayang dari rakyat di sini sentiasa membuatkan saya berbesar hati untuk terus ke sini lagi,” kata pelakon berusia 26 tahun ini.

Selain itu, sebutan lirik lagu yang dinyanyikannya juga amat memberangsangkan bagi seseorang yang tidak tahu berbahasa Melayu.

Jika anda menutup mata dan menghayatinya dengan sepenuh hati, anda akan fikir bahawa lagu tersebut dinyanyikan oleh orang tempatan.

Pada 2016, dia pernah menggemparkan negara dengan memakai baju Melayu ketika sesi ramah mesra bersama peminat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan mendapat pujian peminat yang hadir terutamanya dalam kalangan gadis.

Foto: Twitter @storyaboutagirl

Semoga Park Bo Gum datang ke sini! Apa pendapat anda? Lihat video di bawah dan berikan pendapat anda!

Sumber: World of Buzz 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Nov 2022

Peragakan Kasut Tumit Tinggi, Otam Blurr Undang Tawa Netizen – “Tak Tahu Macam Mana Perempuan Boleh Hadap…”

Pempengaruh Otam Blurrr yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ dalam melakukan video parodi kelakar sekali lagi tular di laman TikTok. @otamblurrrrrNasib baik aku jantan pakai kasut biase2 je ahhahaaha♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s

Featured Tue, 16 Aug 2022

Sepupu OKU Hilang Sejak 13 Ogos, Mizz Nina Mohon Doa & Bantuan Ramai

Allahuakbar 😭 Min harap urusan pencarian sepupu Mizz Nina akan dipermudahkan. Jom sama sama kita doa gais 🥹🥹

familuv Wed, 1 Jun 2022

Aril Pilus Tersentuh Tahu Maksud Surat Tulisan Mandarin Daripada Anak

Anak Aril Pilus beri surat sehingga membuatkan dirinya terharu.

Hiburan Wed, 23 Nov 2022
Featured Tue, 6 Dec 2022
Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Trending Mon, 1 Oct 2018
Trending Sun, 24 Jan 2021

| Live TV

error: Content is protected !!