Trending By: Syafiqa Irdina January 31, 2020 @ 12:43pm

NGERI! Mayat Kanak-Kanak Ditemui Tanpa Organ Dan Kepala Dipercayai Dimakan Haiwan Liar

Misteri kematian seorang kanak-kanak yang mayatnya ditemui di dalam longkang masih menjadi tanda tanya kerana keadaan mayatnya yang tidak sempurna. 
 
Kejadian mengerikan itu telah berlaku di Indonesia yang melibatkan mangsa, Yusuf Ahmad Ghazali berusia empat tahun dilaporkan telah hilang dari Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jannatul Athfaal Jalan Abdul Wahab Syahranie, Indonesia pada Jumaat 22 November 2019. 
 
Keadaan mayat yang tidak sempurna menyebabkan pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.
 

Sumber foto: Lampung Tribun News

 

Kronologi Mayat Ditemui

Pada jam 5 petang, pengasuh pergi ke bilik mandi dan meninggalkan Yusuf bersama dengan teman-teman di dalam kelas. Selesai urusan di bilik mandi, pengasuh mendapati pintu kelas dalam keadaan terbuka selain mendapati Yusuf tiada di kelas dan dipercayai keluar seorang diri.
 
Pada 8 Disember 2019, mayat mangsa ditemui tanpa kepala di dalam longkang. Selain itu organ badannya seperti jantung, paru-paru, tangan dan tulang dadanya juga terkeluar. 
 
Keluarga mangsa yakin bahawa mayat itu adalah milik Yusuf kerana baju yang dipakainya pada hari terakhir dia dilihat, masih dipakai pada badannya. 
 
Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Hasil pemeriksaan mendapati, polis menemui kulit haiwan reptilia pada mayat mangsa. 
 
Ketua Polis Samarinda Arif Budiman percaya, mangsa telah terjatuh ke dalam parit lalu dihanyutkan arus deras. 
Ditambah pula pada tempoh kehilangan mangsa, Samarinda dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir. 
 
Penemuan kulit reptilia pada mayat mangsa juga membuatkan polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dimakan haiwan liar. 
 
 

Sumber foto: Lampung Tribun News

 
 

Polis Telah Soal Siasat Suspek 

Ekoran kejadian itu, polis telah menyoal siasat dua suspek iaitu pengasuh mangsa yang juga pekerja pusat pendidikan awal itu. 
 
Polis berkata, kematian mangsa adalah akibat terjatuh dalam parit dan kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah kerana lalai sehingga mengakibatkan hilang nyawa anak seseorang. 
 
Kedua-dua suspek bakal dipenjara lima tahun jika didapati bersalah di atas pertuduhan cuai ketika bertugas. 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Feb 2022
Featured Fri, 4 Aug 2023

Cantiknya! Sambut Bachelorette Party, Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Mimi Lana

Wah, tak sabarnya nak tengok pengantin nanti💖💖💖

Trending Thu, 26 Nov 2020
Trending Thu, 4 Nov 2021

Killa Driz Akui Perlu Ada Kelainan Untuk Diterima

Hampir setahun bergerak secara rasmi ke dunia hiburan mainstream, nama Killa Driz mungkin masih baharu bagi sebilangan besar peminat. Namun untuk underground scene, lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik dan sudah mengumpul peminat tersendiri. Meskipun sudah […]

Trending Wed, 28 Sep 2022

Enggan Ulas Kenyataan Nazrey Johani, Raihan Dah Move On

Anggota kumpulan Raihan Che Amran Idris enggan memberi ulasan berkaitan kenyataan bekas anggotanya, Nazrey Johani untuk tidak mengeruhkan keadaan Menurut Che Amran, dia tidak mahu perkara ini disensasikan oleh mana-mana pihak, malah kumpulan nasyid itu […]

Trending Fri, 29 May 2020
Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Selalu Gaduh Manja Fikir Nak Makan Mana… Aedy Ashraf Kongsi Cara Pujuk Amelia Henderson

Isu nak makan mana ni memang punca gaduh gaduh manja kannn