Trending By: SGMS Faida March 12, 2018 @ 3:15am

‘Nyawa-nyawa Ikan’, Toys ‘R’ Us Siap Sedia Ditutup?

Berdepan dengan kesukaran mencari rakan niaga atau peminjam wang untuk memulihkan kewangan syarikat, Toys ‘R’ Us kini bersiap sedia menutup lebih banyak lagi cawangan di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan laman web ekonomi, Bloomberg, syarikat gergasi jualan mainan kanak-kanak itu mengumumkan penutupan lokasi perniagan di 184 lokasi di AS memandangkan keadaan syarikat yang kini berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa’ ikan!

Kredit gambar: NBC News

Keputusan berkenaan bakal menyaksikan beberapa gudang perniagaan syarikat itu dibubarkan berikutan pendengaran perbicaraan muflis di Richmond, Virgina, kata sumber kepada Wall Street Journal.

Toys ‘R’ Us diisytiharkan muflis pada September lalu, menerima pinjaman baharu bernilai AS$3.1 bilion (RM12.1 bilion) sebagai langkah memulihkan potensi perniagaannya.

Bagaimanapun sepanjang musim cuti panjang lalu, syarikat itu masih gagal memberi keyakinan terhadap masa depan syarikat permainan tersebut.

Syarikat itu di Britain telah dikenakan tindakan pentadbiran pada Februari lalu, tetapi di Asia, Toy ‘R’ Us dilaporkan masih mampu meraih keuntungan di kebanyakan kawasan.

Sementara di Kanada, syarikat tersebut turut berdepan diisytiharkan muflis, namun syarikat Pemasaran VP memberitahu CBC: “Perniagaan kami di Kanada berjalan seperti biasa”.

 

Sumber: Agensi

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Jul 2018
Featured Wed, 27 Apr 2022
Trending Mon, 18 Apr 2022

Rugi RM152,500… Lelaki Didakwa Menipu ‘Bakal Isteri’

Seorang lelaki dituduh menipu seorang wanita wang tunai dan barang kemas untuk perkahwinan yang tak wujud..

Trending Thu, 6 May 2021
Trending Thu, 5 Jul 2018

Intai Isteri Orang Sedang Mandi, Lelaki ‘Misteri’ Ditangkap

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Trending Fri, 12 Jul 2019

Dakwaan Fitnah, Siti Kassim Kena Saman RM2 Juta!

Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim pada Jumaat.