Trending By: SGMS Faida December 27, 2018 @ 11:25am

OMG! Pantai Samila Bergegar Terkena Bom

Dua butir bom menggegarkan Pantai Samila malam tadi yang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara termasuk rakyat Malaysia.

Letupan bom pertama berlaku pada 10 malam tadi (11 malam waktu Malaysia), merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan.

Gabenor Wilayah Songkla, Wiranan Penjang, yang mengesahkan perkara itu, berkata letupan berkenaan menyebabkan bahagian bawah patung besi itu terputus dua.

Letupan kedua pula berlaku 10 minit selepas kejadian pertama di patung tikus dan kucing di pantai sama yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi patung ikan duyung itu.

“ Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian letupan bom itu dan lokasi kejadian ditutup kepada pengunjung,” kata Wiranan yang menambah, anggota forensik keselamatan Thailand akan memeriksa secara terperinci lokasi letupan bom terbabit.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam kejadian itu. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 May 2023
Trending Thu, 27 Aug 2020

Larangan Rentas Daerah Di Kedah

Kita tunggu jelah keputusannya nanti okay!

Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu,

Trending Thu, 22 Oct 2020

Buang Persepsi Negatif Terhadap Produk Tempatan

Belilah barangan buatan Malaysia!

Featured Tue, 12 Oct 2021
Featured Fri, 29 Oct 2021

Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

Wow, makin lama makin canggih!

Trending Fri, 4 Mar 2022
Trending Tue, 25 Aug 2020

Lima Lagi Murid Sekolah Rendah Dikesan Positif Covid-19

Semoga penularan kes ini semakin berkurangan

| Live TV

error: Content is protected !!