Boleh dibilang dengan jari, tinggal berapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut hari raya Aidilfitri. Ini bermakna segala persiapan raya perlulah dilakukan walaupun pada waktu ini seluruh rakyat Malaysia perlu menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Raya tetap on tetapi perlulah bersederhana dan mematuhi SOP seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan ya.

Berbicara tentang raya, pasti terbayang di dalam kepala kita ketupat, rendang,kuih raya dan lemang yang sememangnya lazat dan menggoda. Namun, boleh dibayangkan kesukaran untuk mencari lemang atau ketupat yang dijual di tepi jalan untuk raya kali ini ekoran PKPB yang sedang dilaksanakan.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Nor Nisrin telah berkongsi cara membuat lemang dengan hanya menggunakan air fryer sahaja.
Menurut Nor Nisrin, dia meminta pertolongan daripada suaminya untuk mencari buluh manakala resepi lemang pula diambil turun temurun daripada ayahnya yang juga seorang penjual lemang.

Kreatif kan? Nor Nisrin juga turut berkongsi resepi lemang ini menerusi kapsyen fotonya. Kalau korang nak cuba boleh lihat sendiri resepi di foto tersebut.
- Siang-siang kena potong buluh berpeluh husband kata… air fryer saya 2.4liter muat untuk 10btg buluh saiz sederhana. Tinggi dia 4 1/2 inci tanpa guna basket.. jadi ukur 1/2inci untuk tapak 4inci untuk bahagian atas…nak bersihkan buluh pakai kain bersih je lap kan…
- Pulut tu saya guna 1/2kg rendam 6 jam dengan air biasa.. lepas basuh bersih tos kan then boleh mula bancuh santan dia..santan pekat guna sebiji kelapa kemudian tambah 1 liter air.. buh garam n ajinamoto sesiap.. Ayah saya cakap rasa santan tu mesti mcm air laut baru masuk pulut.. rendamkan 1jam lagi..
- Dah cukup 1jam bole masukkan pulut 3/4 ke dalam buluh (jangan lupa hentakkan bagi mampat sikit).. Selebihnya masukkan santan sampai penuh..tengah tu saya letakkan mangkuk supaya buluh x jatuh sbb x guna basket kan.
- Ni first batch masa masak..saya guna suhu 150′ 25 minit.. nak cek masak ke tidak saya guna ‘cake tester’..ada rasa berderap masa cucuk maksudnya x full masak tengah dia jadi saya tambah lagi 10min.. Alhamdulillah cun je masak pulut tu..
- Jenis tak reti tunggu sejuk amik sebatang terus nak potong suruh anak yg tak puasa rasa..
- Alhamdulillah… pulut masak cun dan berminyak, tak melekat senang je keluarkan dari buluh.. jadi buluh bole repeat guna lagi.. yang penting balut dengan kain basah bagi tahan lama hayat buluh tu..
- Pulut lembut, lemak dan cukup rasa.. gu pulak dengan rendang ayam resepi Dato Rizalman.. uisyyy.. Terima kasih ayah, sampai jadi lemang anak ayah buat.. tapi kalau dapat balik raya boleh lah buat untuk ayah rasa lemang bakar versi moden
Nak buat lemang pun mudah sekarang. Dalam rumah pun boleh buat tau.
Sumber: Facebook Nor Nisrin