OMG By: Salma Syahbuddin July 2, 2018 @ 1:00pm

Penyampai Berita TV3 Ini, Umum Letak Jawatan

Siapa yang tidak kenal dengan penyampai berita yang baru-baru ini sedikit sebanyak turut terkena tempias PRU-14 apabila netizen melabel beliau sebagai seorang yang tidak telus dalam melakukan kerjaya beliau sebagai seorang penyampai berita.

Namun, semalam beliau telah mengejutkan penonton apabila mengumumkan telah meletakkan jawatan pada Jumaat yang lalu.  Dan, sejak 16 tahun menjalankan tugas sebagai penyampai berita, Buletin Utama rasanya ramai rakyat Malaysia juga akan turut merindui suara dan penampilan beliau di kaca TV.

 

2 Julai 2018 Yang bermula, pasti akan berakhir. Setelah 16 tahun, malam ini saya menutup kemas perjalanan panjang di TV3 untuk menerokai dunia yang luas diluar sana. Sri Pentas yang saya sudah anggap sebagai ‘rumah kedua’ kini saya tinggalkan dengan 1001 kenangan penuh suka duka. Saya tidak membawa apapun dari sana kecuali rasa puas hati kerana telah berpeluang merasai setiap sudut dalam dunia penyiaran selama tempoh itu. Dan saya bawa pulang hubungan persaudaraan & persahabatan dengan semua warga TV3, Media Prima dan itu akan kekal untuk selama-lamanya. Terima kasih kepada anda yang telah menonton saya sejak 2002. Terlalu banyak nama jika saya harus mengucapkan penghargaan satu persatu tetapi tanpa sokongan semua, siapalah saya. Saya percaya apabila kita menutup satu pintu dengan baik, Allah akan buka seribu lagi pintu buat kita. Terima kasih Malaysia, saya Izwan Azir Saleh, sehingga dilain ketika, Assalamualaikum dan Selamat Malam ? #izwanazirsalehresign #itsnottheend #newbeginning #terimakasih

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh) on

 
Walaubagaimana pun, menurut teman rapat beliau yang juga penyampai berita iaitu, Mior Abdul Malek Raiyani, perletakan jawatan Izwan setelah berkhidmat di TV3 sebagai penyampai berita turut mengundang rasa sedih dikalangan mereka. Lebih-lebih lagi hubungan mereka bukan setakat rakan sekerja malah, sudah seperti adik-beradik. Namun, pemergiannya itu adalah kerana beliau telah mendapat kepercayaan untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada seorang menteri.
 
” Secara jujur rujukan saya sebagai penyampai berita ialah beliau. Kredibiliti beliau juga adalah dambaan produksi berita dan rujukan wartawan dan penyampai.” Katanya
 
Manakala, kenyataan lainjuga turut dibuat oelh rakan sekerja mereka iaitu Amanda Lopez apabila menerusi instagram milik Amanda, beliau memberitahu bahawa Izwan sebenarnya berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking.
 
 
 

You’ll see him, Abg Izwan Azir Saleh for the last time reading news on prime time, Buletin Utama today before he embarks on a new exciting frontier the present government holds. He’s been the face for Tv3 for the past 16 years. He persevered and finally a good opportunity came his way. We’ll for sure miss his persona in the newsroom, his wit, humility, and ever willing to share information including letting us know the good news as soon as he secured the position as Press Secretary to the newly minted Minister of International Trade & Industry, Ignatius Dorell Leiking last week. Thanks for making us, colleagues important. We’ll see you on the field. P/S: You’ve got to find another colleague now for snack food. ? #tv3colleague #onelasttime #byebutnotbye #cheerstobetterfrontiers #excitingtimesahead #bizdeskbff #lookingforwardtoworkmorecloselywithyou #miti #mititv3

A post shared by Amanda Lopez (@amandalopeztv3) on

Apa yang kami harapkan adalah semoga kerjaya Izwan Azir Salleh terus berkembang dan kami sebagai rakyat Malaysia khasnya akan merindui suara dan kredibiliti penyampaian beliau sebagai seorang penyampai berita Buletin Utama, TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Mar 2023
Featured Wed, 25 Jan 2023

Sopan Berbaju Kurung, Amyza Aznan Main Sepak Takraw – “Kang Koyak Pula Kain Tu”

Pelakon Amyza Aznan sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana bermain sepak takraw sambil memakai baju kurung. @amyzaaznankaaia i mmg lembut tapi LASAK!🤣kak kaaia mmg peminat takraw! meorrrrr ko nengok ni!🤣 @meorzulfikar_ #kaaia #amyzaaznankaaia #andremikhailkaaia #adrianadamkaaia […]

Featured Tue, 27 Dec 2022

“Teganya Hati Manusia Lihat Keluarga Ni Hancur, Ditinggalkan…” – Ibu Syamsul Yusof

Sayunya luahan hati ibu Syamsul Yusof 🥹🥹🥹 Untungggg Puteri Sarah dapat ibu mentua yang sangat penyayang 🥹🥹

Featured Thu, 3 Nov 2022

Dihasilkan Sejak 10 Tahun Lalu, Lagu ‘Malu’ Mungkin Jadi Buah Tangan Terakhir Syafiq Naser

Bermula dengan video-video lucu yang sering dimuat naik di Instagram sehingga dikenali sebagai selebriti media sosial, Syafiq Naser kini semakin berjinak-jinak dalam dunia seni suara. Terdahulu, dia pernah mengeluarkan single pertamanya, Lenggang yang meraih perhatian […]

Drama Thu, 1 Jun 2023
Featured Fri, 19 Aug 2022

Netizen Dakwa Michael Ang Sindir Aliff Syukri? -“Setakat Di YouTube, Nampak B*doh Naw Claim Singer No. 1”

Hambekkk… Mike dah bersuara tu 🔥🔥🔥 Kalau tak hadam lagi tak tahu la min 😌 Tapi siapa yang makan cili dia la terasa pedas nya 😬

Featured Wed, 10 May 2023
Featured Fri, 4 Nov 2022

Tak Sampai 24 Jam Tular, Ebit Lew Hadiahkan Kereta Pada Ibu Tunggal & Anak OKU -“Ya Allah.. Anak Rezeki Kita..”

Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga Allah permudah segala urusan Puan Azimah dan anaknya ❤️