OMG By: Aisyah Badrul May 15, 2020 @ 1:10pm

“Tak Boleh Dekat-Dekat, Social Distancing,” – Foto ‘Sweet’ YDP Agong Dan Permaisuri Buat Rakyat Terhibur

Tidak dinafikan, YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat disenangi kerana sikap yang mudah didekati dan sering prihatin dengan masalah dihadapi oleh rakyat dan negara.
 
Malah, baginda berdua dilihat sering turun padang bagi membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan sehingga mendapat pujian daripada netizen.Bukan itu sahaja, mereka juga seringkali memperlihatkan sisi “sporting” dan sangat mesra rakyat. Tidak hairanlah baginda berdua sentiasa disenangi rakyat jelata.

Terbaru, Baginda Permaisuri telah memuatnaik sekeping gambar bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menerusi akaun Instagram @airtangan_tunkuazizah.

View this post on Instagram

tak boleh dekat2 ….. social distancing ….

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Gambar yang memperlihatkan YDP Agong dan Permaisuri berpegangan tangan sambil melakukan penjarakkan sosial ternyata telah mencuit hati rakyat yang melihatnya.

tak boleh dekat2 ….. social distancing …. ,”

Ternyata perkongsian ini telah disambut baik oleh warganet. Menjengah ruangan komen, rata-rata daripada mereka memuji foto tersebut dan mengaggap tindakan baginda berdua sangat manis.

Kredit foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah
Kredit foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah

Sumber: Instagram @airtangan_tunkuazizah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Netizen ‘Muak’ Kerap Muat Naik Video Bersama Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Tampil Beri Respons

Alahai kesian Anju. Diorang jeles la tuu 😌🤪🤪 Kasi chance la nak lovey dovey hihi

Events Fri, 19 May 2023
Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin

Featured Wed, 8 Jun 2022
Featured Thu, 24 Nov 2022